Akhawat Cengeng :O
Rasa nak menangis. Jalan dakwah ni memang menuntut pengorbanan sangat tinggi. Kerna apa?
Kerna dakwah bukan untuk orang yang manja. Phewhh…*berpeluh*
Beratnya rasa hati bila nak kena tinggalkan rumah di saat orang lain
berhuhahuha masa summer break ni. Beratnya rasa hati nak meninggalkan mummy
untuk buat kerja rumah sorang-sorang. Beratnya hati bila memikirkan what if
something happened to them or to me while I am away. Beratnya rasa hati bila si
adik kecil mengatakan ‘Kenapa kakak ni asyik2 ke KL ja’. Warghh… kalau difikirkan
segala kemungkinan yang negatif, kita tak kan mampu pun untuk bergerak.
“Wahai jiwa-jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang rida dan diridainya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam surgaKu. (89.Al-Fajr:27-30)”
Sesungguhnya
serahkanlah segala percaturan kepada Allah, si Dia yang menguruskan alam dan
seisinya. Kejarlah redhaNya. Sesungguhnya Allah telah memilih kita untuk
mendapat kefahaman Islam. Bergeraklah menyentuh
hati-hati yang dahagakan sentuhan tarbiyyah.
Dakwah sunnah
terbesar Rasulallah SAW. Kalau setiap insan yang bergelar Muslim tidak menjalankan
tanggungjawab dakwah, mana mungkin Islam akan tertegak. Mana mungkin nasib
masyarakat Islam di Palestin, Syria, Myanmar, Mesir and etc akan terbela.
Kerana Islam ini bukan agama magis atau agama sihir.
Kita bukannya
Timmy Turner dalam cerita The Fairly Oddparents yang boleh buat permintaan dan
the fairies will grant our wishes. No! berpijaklah di dunia yang nyata. Seandainya kita
tidak berjuang menegakkan agama Islam ini sepertimana yang dilakukan
orang-orang terdahulu, bagaimana Allah hendak memberikan kemenangan kepada umat
Islam.
-αβ-
~Di Bumi Nottingham ini aku mengenal erti sebenar ukhwah kerana Allah.~