Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Merah. Empangan air mataku pecah jua. Semua air mata yang ditahan selama ini dicurahkan. Tahap apa? Tahap boleh perah telekung. Ya. Aku. Aku yang keras di luar tapi Hanya Allah Yang Tahu keadaan di dalam hati.
Air mata yang gugur khas untuk seorang insan. Tak pernah jadi begini dalam hidupku. Dia. Dialah yang Allah takdirkan untuk menjadi murabbiku yang pertama. Kami adalah hasil tarbiyyah dari dia. Kak R.
Mutarabbi akan terbentuk mengikut acuan murabbinya.
Aku sangat setuju. Kak R mentarbiyyah kami dari budak hingusan yang ntahapapa sampailah kami separa matang dalam jalan DnT. One word. ATTACHED. Kami attached dengan dia. Kerana personalitinya yang tersendiri. Kerana caranya yang santai. Kerana kata-katanya yang menusuk walaupun penyampaiannya relax. Kesimpulannya, kerana dia adalah dia.
Benda yang dia paling pantang adalah ahli JS bergaul sesama ahli JS je. Kalau daurah, kami dilarang makan setalam. Setegas tu la dia. But that's what we love about her.
Namun, takdir Allah mengatasi perancangan manusia. Rombakan group usrah dijalankan demi kemaslahatan bersama. Kami yang baru mampu berjalan sendiri dalam DnT digemparkan dengan pertukaran murabbi. Exactly! Maksudnya Kak R tidak lagi menjadi murabbi kami. Sesungguhnya Allah itu perancang terbaik.
Hari-hari berlalu seperti biasa. Namun ketiadaannya sebagai murabbi tetap terasa. Dia mula detached dirinya dari kami. Demi kebaikan bersama. Aku mula jadi sensitif. Apa-apa yang related to Kak R, aku makan dalam. Terasa sorang2.
Dari sesimple perkataan sampai secomplex perkataan yang keluar dari mulut Kak R semua nak terasa. Rindukan dia sebagai murabbi barangkali.
Pernah sekali dia memerliku kerana makan setalam dengan ahli JS. Tak berkembang katanya. Aku sedar dia tiada apa2 niat, tapi hatiku tetap nak terasa. Apabila whatsapp yang dihantar tidak berbalas, dengan kesedaran bahawa dia sibuk, turut dijadikan isu nak terasa. Bila dia whatsapp org lain untuk inform something yg turut berkait dengan diriku, lagilah aku terasa. Tapi aku tak dapat pun whatsapp tu. Melimpah ruahlah air mata.
Namun aku tidak pernah rasa marah. Cuma sedih dan cemburu barangkali.
Mengenangkan yang dia akan pergi tak lama lagi, pergi ke negara orang, memang terkesan.
Dear kak R,If you are reading this, do know that we love you so much for the sake of Allah. Thank you for everything that you have given us. We are sorry if we have ever hurt your feelings. May Allah keeps us all firm in His path. Jazakillahu khair Kak R. May Allah bless you and ease all of our life journey to reach His jannah.
Akhir kata, memang sepanjang perjalanan DnT ni, kami semua akan mengenang dirimu.
Kerna Dia Murabbi Pertamaku. :')
-αβ-
~Di Bumi Nottingham ini aku mengenal erti sebenar ukhwah kerana Allah.~
~Di Bumi Nottingham ini aku mengenal erti sebenar ukhwah kerana Allah.~
No comments:
Post a Comment