Dublin, Ireland. |
Terbanglah wahai si burung kecil,
Kepakkanlah sayapmu sekuat mungkin,
Rasailah angin yang membelai tubuh kecilmu,
Membelah langit yang terbentang luas,
Terbanglah setinggi-tingginya,
Untuk mencari secebis sinar mentari,
Yang menanti di sebalik mendungnya awan itu.
Sungguh indah permandangan itu,
Tatkala sang matahari muncul secara tiba-tiba,
Memberikan cahayanya di celah-celah awan itu,
Menyinari seluruh kehidupan di bawah,
Dan suasana yang sebelumnya sangat suram.
Sepertimana kamu merasakan sangat teruja,
Di saat kapal terbang merentasi langit biru,
Lantas kamu dapat melihat betapa indahnya,
Kelompok awan putih terbentang luas,
Ditemani sinaran cahaya yang tak pernah menghampakan.
Begitulah manusia.
Kadang-kala kita harus berani bermimpi,
Berani mencipta angan-angan,
Berani untuk terbang lebih tinggi,
Kerna,
Hanya dengan terbang lebih tinggilah,
Kita dapat mengecapi sinar cahaya
Yang tersembunyi di atas sana,
Di sebalik kesuraman awan-awan itu,
Jikalau jatuh pun kerna tidak berdaya,
Sekurang-kurangnya tidaklah kita jatuh terus ke bumi,
Kerna adanya awan-awan yang lembut menyambut tubuh kecil
ini.
Tetapi yang diperlukan hanyalah sedikit usaha,
Untuk mengepakkan sayapmu,
Untuk melawan angin yang kuat itu,
Dan sedikit kepercayaan terhadap dirimu,
Bahawa kau mampu terbang!
Terbang tinggi merentasi langit itu,
Walaupun kau sangka tubuh kecilmu tidak mampu melakukannya.
Jangan sesekali kau berputus asa,
Sebelum kau mengorak langkah,
Kerna kau tidak pernah tahu setinggi mana kau mampu terbang,
Sehinggalah kau mengepakkan sayapmu.
“If you stop, you would not know how far you can go”
-quoted
Dan serahkanlah segala pergantunganmu kepadaNya,
Kerna Dia Maha Berkuasa dan tidak pernah salah percaturan,
Dia malah mengetahui bahawa kau mampu terbang lebih tinggi,
Bahawa kau mampu beri lebih dari apa yang kau fikirkan.
Lantas, mengapa cepat sungguh kau mahu berputus asa?
Sedangkan sayapmu masih belum dikepakkan semaksima mungkin,
Oleh itu,
Terbanglah setinggi-setingginya,
Menembusi langit mendung itu,
Memberikan cahaya kepada hidupan di bawah,
Mengembalikan sinar yang satu ketika dahulu,
Telah berjaya menghidupkan bumi ini dengan manhajNya.
Percayalah,
Dengan Allah, segalanya mungkin!
No comments:
Post a Comment