Wednesday, April 22, 2015

#Prep 5

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani

Persediaan. Persiapan.
Bagaimana Yang Menciptakan aku dari segumpal darah, lalu kini, hidup dengan menghirup udara segar tarbiyahNya, sungguh, ia berada di luar jangkaanku, malah takkan pernah terbalas dengan tahmid sepanjang hayatku.

Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah.

Dan kalau mengenangkan jahilnya aku meski tarafku hanya hamba, rasa nak terjun  clock tower berkali-kali ._.Kadang-kadang tak faham, mengapa aku, dalam  billion-an manusia di muka bumi, dalam jutaan manusia di Malezi, dalam ratusan manusia di bumi bertuah itu, terpilih, untuk mempelajari lantas menikmati, sebagaimana yg dirasai as-Syahid Sayid Qutb, untuk hidup fi zilalil Quran.

Maka apabila berbicara soal persiapan Allah terhadap aku, sampai kini, jujur kukatakan, I dont know where is this going. Seolah ada sesuatu yg besar yg Dia inginaku tempuhi. Atau mungkin saja, persiapannya adalah caraNya membersihkan jahiliah sebab hanya jiwa yg bersih yg bakal mendiami syurga, abdan-abada, bi iznillah.

Occay sebelum terus menulis suka sekali aku mengingatkan yg menulis agar betulkan niat usahlah dikau riakkk atau adore diri sendiri .-. dan kepada yg membaca kalau errr, rasa annoyed boleh lah shutdown laptop usah terus membaca :p

Okay2. Maka si Booster ini, kerana ar RahmanNya, mengurniakan rezeki (ke musibah) untuk dapat anugerah kepimpinan setiap kali tamat fasa persekolahan, waktu darjah enam, form 3, dan seterusnya kemuncak pencapaian (eheh) anugerah ansara waktu form 5 di salah sebuah institusi pendidikan menengah bertaraf dunia (muaahahaha). 

Masha Allah sisturr.

Tapi nak katanya, dunia, mengiktiraf kepimpinan cikB nie! (oh well, at least, dunia dia)
Dan, cikB nie pun sangat lah yakin dengan LOGAM dia, ber-ke-pim-pi-nan. Dan cikB nie, lepas start wusrah, dia sangat yakin lah dia sangat berperanan dalam menjadi orang-orang yg bakal memimpin orang lain dalam menegakkan Islam. cikB yg sangat merasakan kepimpinan adalah prominent feature-nya, nak sangat menjadi seorang pendidik yg berjaya mentarbiyyah anak didiknya dan bisa aja suatu hari nanti, ber-buah-buah (bukan sebuah) institusi pendidikan yg bakal ditubuhkan di bawah pimpinanya yg membina IM untuk capai UA. Perghhh. Sakan.

Dia sangka, itulah persiapan Allah untuknya, pasti sesuatu yg besar, berat menanti.
Namun besar periuk, besar keraknya, ye aok?

Dalam tarbiyah fi zilalil Quran, dia sedar, yg memimpin itu bukan soal anugerah atau glamour, yg memimpin tiu bukan soal berapa ramai pengikut yg kita ada, tapi ia soal memenuhi tujuan hidup kita.
Dan untuk seseorang yg dipersiapkan secara lebih khusus dalam soal memimpin, pasti, Dia bakal mengujiku dengan sesuatu yg lebih besar.

Moga hingga saat itu, Dia terus mentarbiyyah aku, mempersiapkan aku, sebab aku, nak balik syurga, nak duduk semeja makan dengan A'ishah, dengan Umar, dengan al Fatih, dan yg paling utama, aku nak balik syurga dengan mama abah izzat dan duduk dalam taman di bawahnya sungai-sungai mengalir sambil makan ais kacang syurga dengan Rasulullah sambil cerita mcm mana baginda menang lumba lari dengan 'Aishah.

Insha Allah.

Sesungguhnya menanam obsesi syurga itu memerlukan kita merasa serba tidak cukup dan serba kekurangan di dunia. Mampu kah B?

Err, ku kira sampai di sini sahaja. Cerita lain, biarlah ku simpan sendiri, nanti kita sembang kat syurga, eh?


Women up, dude!

Monday, April 13, 2015

#Prep 4






Bismillahhirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulilah.
Atas kasih sayang dan rahmatNya,
Masih diberi peluang olehNya utk hidup,
Menghirup udara milikNya,
Menikmati nikmat-nikmatNya.
Walaupun kita kadang kala lupa,
utk memanjatkan kesyukuran kepadaNya,
Lupa akan tujuan penciptaanNya,
Kerna terlalu alpa dgn permainan dunia,
Dan begitu asyik mengejar perkara yg fana.
Namun, begitu penyayangnya Allah,
Tidak terus menghukum kelekaan kita,
Masih memberi kita kesempatan waktu,
utk kembali mengingatiNya,
Dan masih diberi peluang utk membuktikan
manifestasi cinta kita kepadaNya.
Lantas apa yang kita tunggukan lagi?
Ayuh! Bangkitlah! 



“Ketahuilah oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kalian serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang karenanya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” 
(Al-Hadid: 20)




Perjalanan hidupku. Subhanallah. Sukar untukku ungkapkan dengan kata-kata mahupun perkataan-perkataan ini. Mengambil masa yang agak lama untuk mengimbau kembali bagaimana Allah menyusun perjalanan dan persiapan hidupku, untuk diceritakan kembali di sini. Sejujurnya sukar sekali untukku menaipnya disini. Namun, InsyaAllah akanku cuba juga ya J untuk kamu2 yang kucintai fillah <3


Alhamdulillah, atas nikmat tarbiyahNya, yang telah membersihkan dan menyucikanku. Dan ku juga lebih mengerti tentang banyak hal lagi, terutamanya tentang Islam itu sendiri. DIlahir dan dibesarkan dalam keluarga yang agak besar jumlahnya bagiku. Dengan pelbagai kerenahnya. Kehidupanku biasa-biasa saja, Alhamdulillah cukup semuanya. Kalau ada yang tidak cukup pun, tidak pernah merasa untuk meminta-minta lebih. Mungkin barangkali sudah terbiasa untuk tidak meminta-minta? dan hidup berdikari. Hidup berdikari. Kelakar pula rasanya pabila mengimbau kembali rutin harianku disaat pulang dari sekolah. Sejakku di Darjah 1 sehinggalah Tingkatan 3, pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Hmm mungkin sekolah rendah tidak mengapa lagi kerna dekat sahaja. Menengah rendah; sekolahku tidak lah jauh mana dari rumah, 5-10 minit saja sudah sampai, dengan kereta. Tetapi perjalanan pulang dengan berjalan kaki mengambil masa tidak kurang dari 30 minit. Jika jalan yang diambil adalah yang paling jauh, maka lebih kurang 45 minit hingga 1 jam lah waktu yang kuambil untuk pulang. Dan jalan yang kulalui setiap hari pula berbeza2, mengikut keadaan cuaca, keberadaan rakan lain, dan mood juga. Jika kurasa mahu cepat pulang, lantas jalan yang paling singkatlah yang diambil. Jika kurasa mahu singgah dimana-mana atau mahu menemani sahabatku pulang, maka akan kuambil jalan kerumahnya, kemudian teruskan perjalanan kerumahku. Kukira ada lebih daripada 5 jalan yang boleh dipilih. Kadangkala aku pulang dengan menaiki bas. Tetapi aku lebih gemar untuk berjalan kerna tidak mahu tunggu lama untuk basnya. JIka ada pun, sudah dipenuhi oleh teman-teman dari sekolah sebelum kami. Lantas kecewa semuanya menunggu-nunggu bas kosong yang tidak kunjung tiba. Sepanjang tempoh 3 tahun di situ, boleh dikatakan hampir seluruh kawasan di sekeliling perumahanku itu sudah kujejaki. Sudah cekap dengan kawasan2 disitu.
Lantas, apa kaitan rutin harianku ini dengan pokok pembicaraan kita? Tersenyum sendiri aku, mengimbau kembali kenangan itu dibandingkan dgn saat-saatku mula-mula disapa oleh tarbiyahNya. Bersama-sama dengan teman-temanku berjalan dan menggunakan kenderaan awam semata-mata kerna mahukan tarbiyahNya. Semata-mata mahu mengejar redhaNya. Semata-mata kerna syurgaNya. Manis sekali saat itu. Bagiku mungkin itulah persiapanNya untukku. Sudah dibiasakan dengan perkara-perkara sebegitu. Mendidik diriku untuk hidup berdikari dan tidak mengharapkan org lain. Belajar erti susah. Membentuk jiwa untuk kuat. Membiasakan diriku untuk mencari apa jua jalan dan cara untuk mendapatkan tarbiyahNya. Pabila dikenang kembali, suatu perkara yang paling menyentuh hatiku ialah, setiap perjalananku itu tiada apa-apa yang berlaku. Mudah saja langkah-langkahku. Walaupun penat menguasai diri, tetapi aku sangat senang hati dan cuba menghayati setiap perjalananku itu. Subhanallah, begitu Allah sangat menjagaku malah setiap hariku ada saja perkara-perkara baru yang kulihat dan belajar melalui sekelilingku itu. Membentuk cara pandangku juga atas setiap apa yg berlaku.

Di saat ku melangkah ke menengah atas pula, ku dicampak ke sebuah sekolah berasrama. Dicampak? Kukira tidaklah sebegitu rupa sekali. Reaksiku tidak lah segembira mana di saat mendapat tahu khabar itu, malah diriku keliru. Mahu pergi atau tidak? Namun dengan takdirNya, Allah menggerakkan hatiku untuk menerima tawaran itu. Alhamdulillah, ditambah pula dgn keinginanku juga mungkin. Tahap ingin tahu yang tinggi terhadap abang-abangku membuatkanku mahu mengikut jejak langkah mereka. Ya, mungkin inilah detik permulaanku kepada tarbiyah itu sendiri. Melihat abang-abangku menjadi lain sekali sepanjang persekolahan mereka di asrama. Kupikir barangkali kehidupan di asrama itulah yang telah membentuk mereka menjadi sedemikian rupa, yang kemudiannya menjadi semakin aneh di saat melanjutkan pelajaran di seberang. Ku semakin tertanya-tanya apakah yg mereka sedang lakukan di sana? Barangkali ada sesuatu yang mereka sembunyikan. Aku tidak langsung bertanya kepada mereka tentang itu kerna tidak tahu mahu bertanya apa. Lantas membuatkan kutekad hendak menerima tawaran itu juga, kerna ingin menjadi seperti mereka.
Di sekolah baharu; aku bersyukur sekali kerna menjadi insan yang dipilih olehNya untuk ke situ. Tarbiyah disitu tidak sehebat mana jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain. Biasa-biasa saja kerna sekolah itu baru saja dibangunkan. Tetapi terdapat insan-insan di situ yang sedikit sebanyak telah memberiku bayangan-bayangan kepada pencarian tarbiyahku di alam universiti nanti. Walaupun pada hakikatnya aku tidak mengerti apa2 sangat pun. Tidak pernah mendengar apa itu tarbiyah juga. Cuma kumerasa ada suatu kebaikan yang perlu kucari nanti, untuk menjadi seperti abang-abangku. Itulah, mungkin Allahlah yang telah menyentuh hatiku dengan setiap pengalamanku di situ. Dan aku juga mula belajar untuk mengenal orang-orang lain, membina network orang kata. Yang mana penting sekali dalam jalan ni. Pabila menjejak langkahku di tempat di mana aku berada sekarang ini, di sini lah segala persoalan-persoalanku dan pandangan-pandanganku terhadap abang-abangku terjawab secara tidak langsung. Aku lantas mengerti apakah yang membuatkan mereka menjadi sebegitu rupa. Kukira Allah mempersiapkan aku melalui mereka. MasyaAllah, sangat cantik perancangan Allah itu. Tidak cukup dengan hanya sekadar mengucapkan Alhamdulillah kukira.


Mungkin setakat ini sajalah coretanku. Tidak tahulah betul atau tidak dengan tajuknya. Tetapi, yakinlah bahawa setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Ada sesuatu yang Allah hendak ajarkan kepada kita, sesuatu yang mendidik dan membentuk diri kita menjadi sepertimana sekarang. Kadangkala kita pikir itu bukanlah yang terbaik bagi kita, bukan seperti apa yang kita mahukan. Namun, lihatlah apa yg Allah katakan: 





Moga kita semua terus kuat dan tsabat meneruskan perjuangan ini. Yakinlah dengan janji-janjiNya bahawa Islam itu akan tertegak jua pada suatu hari nanti.

-UA-






Wednesday, April 1, 2015

# Prep 3

Source from Google of course :3

Secara tak langsung, kami mengimarahkan semula blog milik JS ni after murabbiah kami memberi task ini.. :3 It all begins after membedah tafsir Al-Alaq which the first part tells us about how Allah prepared Rasulullah in the journey of him becoming a prophet and to carry a huge responsibilities. 40 years. He had been a great man back then and even until now, Kalau tak, takdelah pakcik Michael Hart list RASULULLAH SAW as the first ranking in The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History. Legend. Michael Hart said that Prophet Muhammad is listed as the first ranking because he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels.

Ya Allah. Itulah hasil tarbiyyah Allah terhadap Baginda SAW. :')

Even kalau tengok all those influential scholars in Islam, most of them are not born to be a muslim or a practicing Muslim, tapi Allah preparekan diorg dgn kehidupan sebelumnya yang totally different. Tetapi kefahaman Islam tu datang membersih, meluhur dan memberkati sisa usia yang tinggal. 

Living in the duniya for almost 20 years is a big deal when you realize that you haven't really done anything for the religion of Allah... Mungkin saja hidup sebelum ditarbiyyah ni hanya sebagai lebihan dunia :'( Tapi sesungguhnya perancangan Allah tentang bila hidayah akan menyapa hati ini adalah yang terbaik. So here goes what I think about Allah's preparation for me ( muqadimmah panjang sungguh ==')

So sepanjang hidup ni sangat mensyukuri story line yang Allah dah set, daripada family background mana yang sesuai dengan diri, sampailah di bumi Nottingham yang sedang dipijak sekarang, semua Allah punya decision. Rasa sangat di'preserve' Allah selama hidup ni. Ada jugaklah jahiliyyah2 tu, tipulah klau takde. 

It's gonna take some time for me to list all of Allah's preparation, so I am just gonna emphasize on what I can think of now. Antaranya is macam mana Allah prepare dari segi development diri sendiri lah kot. There are phases in life which even I can't believe myself ==' 


Dari kecik dulu my parents said jenis cakap pot pet pot pet jugak ( as in cakap banyak) but I can't really remember lah sbb kotak memori yg tu maybe terdelete kot. But yeah, mungkin betul. As I grew up, Allah takdirkan jdi budak pandailah jugak kat sekolah rendah dulu. Alhamdulillah for my nerdness back then(literally nerd cuz I was wearing Allah knows what spectacles mcm budak nerd.. haha) But I was not really an outspoken or loud type of person. Pemalu lah jugak kot. (Yeah, I doubt that too. But it's the fact) So Allah pun takdirkan lah dengan result UPSR dapatlah masuk satu MRSM ni. Makanya dengan paksarela masuklah diri ini ke tempat itu. So my journey of living independently began. 


Baru sedar lah yang betapa Allah nak mengajar mampu hidup berdikari tu. Bnyak lah yang dapat belajar dari segi the people, the environmentnya sendiri .Klau nak cerita satu novel pun tak habis. But I remember one scene, masa tu tengah presentation dalam kelas,  cikgu BM tu duduklah kat belakang kelas masa nak observe tu. Lepas tu dia tegur "Boleh tak awak cakap kuat sikit. Saya tak dengarlah." Ya Allah. Suara pun tak keluar dulu. Malu tak kena tempat. So I have been improving since and now they said suara kalah speaker. :3 Not my fault. haha. Tapi my parents are always worried about me being to friendly with everyone. Including strangers. I love to know people. Alhamdulillah sangat membantu lah benda2 ni dalam jalan DnT ni. 


For those yang think I was born with what I have now, think again. Penat weyh ajar diri sendiri. Untuk berani cakap depan org, untuk ada confident tu. Memang akan makan masa lah. But all that I can say is it can be developed :) Tarbiyyah kan mampu mengubah manusia. 

Turning point jadi baik dalam hidup is masa Form 3 lah sebab nak PMR. hehe.. I start to get closer to Allah. And the tarbiyyah goes on.. Tapi just org yang sukakan kebaikan lah masa tu. Takdelah faham sangat Islam tu as a whole :) 


So entah lah betul ke tak ni preparations. Some stories are just to be kept to oneself. Tapi tulah, setiap org yang ditarbiyyah mampu je kot merasai dari segi mana sebenarnya Allah memelihara hidup dia sejak dari lahir sampailah sekarang. Flashback timeline hidup sendiri and kita akan nampak apa Allah nak ajar kita sebenarnya. Setiap significant or insignificant life events yang berlaku ada hikmah Allah yang tersendiri. Preparation Allah untuk kita sesuai dengan beratnya tanggungjawab yang harus dipikul sekarang, iaitu mengembalikan manusia kepada Allah. Which almost seems impossible to be accomplished. Tapi andaikata keimanan kepada Allah hanya sebesar zarah pun niscaya manusia mampu berjalan di atas air. Hmm.. Mungkin kita yang belum meyakini kekuasaan Dia sepenuhnya. He prepared us all this while and will keep preparing us untuk menyambung risalah Rasulullah. 


Suka sangat kisah nabi Musa sebab rasa dekat dengan hidup sendiri. Mcam mana Nabi Musa yang dibuang ke sungai nil semasa bayi, besar pulak terbunuh org...and panjang lagi kisah nabi Musa ni. Nak katanya flow ceritanya banyak dramalah. Tapi Allah still pilih dia untuk terima wahyu.



"Dan Aku telah memilih engkau, maka dengarkanlah apa yang akan diwahyukan (kepadamu)" (20.Taha:13)
Allah lebih mengetahui kebaikan dalam diri Nabi Musa, maka Allah memilih dia. Bersyukurlah wahai insan2 yang dipilih oleh Allah, kerana pilihan Allah bukannya random selection or cabutan bertuah, tapi sebab dia melihat kebaikan dalam diri kita dan dia inginkan kebaikan bagi kita. 


عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
مَنْ يُرِدِ اللّهُ بِهِ خَيْراً يُفَقّهْهُ فِي الدّينِ
(صحيح البخارى ومسلم)
"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia(Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din" (HR Bukhari dan Muslim) 
And don't worry, Allah yang akan terus menjaga kita sepertimana sebelum ini.

"Dan sungguh, Kami telah memberi nikmat kepadamu pada kesempatan yang lain ( sebelum ini) " (20.Taha : 37)

Alhamdulillah, that's about it. Treasure Allah's tarbiyyah. Open our heart to be His student cause tarbiyyah is a lifelong learning experience. Until we meet Allah again. 

"Being a Muslim is not about making Islam flexible with us, but making ourselves flexible with ISLAM." - just me 

-αβ-

~Di Bumi Nottingham ini aku mengenal Allah.~