Persediaan. Persiapan.
Bagaimana Yang Menciptakan aku dari segumpal darah, lalu kini, hidup dengan menghirup udara segar tarbiyahNya, sungguh, ia berada di luar jangkaanku, malah takkan pernah terbalas dengan tahmid sepanjang hayatku.
Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah.
Dan kalau mengenangkan jahilnya aku meski tarafku hanya hamba, rasa nak terjun clock tower berkali-kali ._.Kadang-kadang tak faham, mengapa aku, dalam billion-an manusia di muka bumi, dalam jutaan manusia di Malezi, dalam ratusan manusia di bumi bertuah itu, terpilih, untuk mempelajari lantas menikmati, sebagaimana yg dirasai as-Syahid Sayid Qutb, untuk hidup fi zilalil Quran.
Maka apabila berbicara soal persiapan Allah terhadap aku, sampai kini, jujur kukatakan, I dont know where is this going. Seolah ada sesuatu yg besar yg Dia inginaku tempuhi. Atau mungkin saja, persiapannya adalah caraNya membersihkan jahiliah sebab hanya jiwa yg bersih yg bakal mendiami syurga, abdan-abada, bi iznillah.
Occay sebelum terus menulis suka sekali aku mengingatkan yg menulis agar betulkan niat usahlah dikau riakkk atau adore diri sendiri .-. dan kepada yg membaca kalau errr, rasa annoyed boleh lah shutdown laptop usah terus membaca :p
Okay2. Maka si Booster ini, kerana ar RahmanNya, mengurniakan rezeki (ke musibah) untuk dapat anugerah kepimpinan setiap kali tamat fasa persekolahan, waktu darjah enam, form 3, dan seterusnya kemuncak pencapaian (eheh) anugerah ansara waktu form 5 di salah sebuah institusi pendidikan menengah bertaraf dunia (muaahahaha).
Masha Allah sisturr.
Tapi nak katanya, dunia, mengiktiraf kepimpinan cikB nie! (oh well, at least, dunia dia)
Dan, cikB nie pun sangat lah yakin dengan LOGAM dia, ber-ke-pim-pi-nan. Dan cikB nie, lepas start wusrah, dia sangat yakin lah dia sangat berperanan dalam menjadi orang-orang yg bakal memimpin orang lain dalam menegakkan Islam. cikB yg sangat merasakan kepimpinan adalah prominent feature-nya, nak sangat menjadi seorang pendidik yg berjaya mentarbiyyah anak didiknya dan bisa aja suatu hari nanti, ber-buah-buah (bukan sebuah) institusi pendidikan yg bakal ditubuhkan di bawah pimpinanya yg membina IM untuk capai UA. Perghhh. Sakan.
Dia sangka, itulah persiapan Allah untuknya, pasti sesuatu yg besar, berat menanti.
Namun besar periuk, besar keraknya, ye aok?
Dalam tarbiyah fi zilalil Quran, dia sedar, yg memimpin itu bukan soal anugerah atau glamour, yg memimpin tiu bukan soal berapa ramai pengikut yg kita ada, tapi ia soal memenuhi tujuan hidup kita.
Dan untuk seseorang yg dipersiapkan secara lebih khusus dalam soal memimpin, pasti, Dia bakal mengujiku dengan sesuatu yg lebih besar.
Moga hingga saat itu, Dia terus mentarbiyyah aku, mempersiapkan aku, sebab aku, nak balik syurga, nak duduk semeja makan dengan A'ishah, dengan Umar, dengan al Fatih, dan yg paling utama, aku nak balik syurga dengan mama abah izzat dan duduk dalam taman di bawahnya sungai-sungai mengalir sambil makan ais kacang syurga dengan Rasulullah sambil cerita mcm mana baginda menang lumba lari dengan 'Aishah.
Insha Allah.
Sesungguhnya menanam obsesi syurga itu memerlukan kita merasa serba tidak cukup dan serba kekurangan di dunia. Mampu kah B?
Err, ku kira sampai di sini sahaja. Cerita lain, biarlah ku simpan sendiri, nanti kita sembang kat syurga, eh?
Insha Allah.
Sesungguhnya menanam obsesi syurga itu memerlukan kita merasa serba tidak cukup dan serba kekurangan di dunia. Mampu kah B?
Err, ku kira sampai di sini sahaja. Cerita lain, biarlah ku simpan sendiri, nanti kita sembang kat syurga, eh?
moga terus thabat cik B!! Moga kita sama sama terus thabat. muahh :*
ReplyDelete