Bismillahhirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulilah.
Atas kasih sayang dan rahmatNya,
Masih diberi peluang olehNya utk hidup,
Menghirup udara milikNya,
Menikmati nikmat-nikmatNya.
Walaupun kita kadang kala lupa,
utk memanjatkan kesyukuran kepadaNya,
Lupa akan tujuan penciptaanNya,
Kerna terlalu alpa dgn permainan dunia,
Dan begitu asyik mengejar perkara yg fana.
Namun, begitu penyayangnya Allah,
Tidak terus menghukum kelekaan kita,
Masih memberi kita kesempatan waktu,
utk kembali mengingatiNya,
Dan masih diberi peluang utk membuktikan
manifestasi cinta kita kepadaNya.
Lantas apa yang kita tunggukan lagi?
Ayuh! Bangkitlah!
“Ketahuilah oleh kalian,
sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang
melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kalian serta
berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang
karenanya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman
itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur. Dan di
akhirat nanti ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya.
Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”
(Al-Hadid:
20)
Perjalanan hidupku. Subhanallah. Sukar untukku ungkapkan dengan
kata-kata mahupun perkataan-perkataan ini. Mengambil masa yang agak lama untuk
mengimbau kembali bagaimana Allah menyusun perjalanan dan persiapan hidupku, untuk
diceritakan kembali di sini. Sejujurnya sukar sekali untukku menaipnya disini.
Namun, InsyaAllah akanku cuba juga ya J
untuk kamu2 yang kucintai fillah <3
Alhamdulillah, atas nikmat tarbiyahNya, yang telah
membersihkan dan menyucikanku. Dan ku juga lebih mengerti tentang banyak hal
lagi, terutamanya tentang Islam itu sendiri. DIlahir dan dibesarkan dalam
keluarga yang agak besar jumlahnya bagiku. Dengan pelbagai kerenahnya. Kehidupanku
biasa-biasa saja, Alhamdulillah cukup semuanya. Kalau ada yang tidak cukup pun,
tidak pernah merasa untuk meminta-minta lebih. Mungkin barangkali sudah
terbiasa untuk tidak meminta-minta? dan hidup berdikari. Hidup berdikari.
Kelakar pula rasanya pabila mengimbau kembali rutin harianku disaat pulang dari
sekolah. Sejakku di Darjah 1 sehinggalah Tingkatan 3, pulang ke rumah dengan
berjalan kaki. Hmm mungkin sekolah rendah tidak mengapa lagi kerna dekat
sahaja. Menengah rendah; sekolahku tidak lah jauh mana dari rumah, 5-10 minit
saja sudah sampai, dengan kereta. Tetapi perjalanan pulang dengan berjalan kaki
mengambil masa tidak kurang dari 30 minit. Jika jalan yang diambil adalah yang
paling jauh, maka lebih kurang 45 minit hingga 1 jam lah waktu yang kuambil untuk
pulang. Dan jalan yang kulalui setiap hari pula berbeza2, mengikut keadaan
cuaca, keberadaan rakan lain, dan mood juga. Jika kurasa mahu cepat pulang,
lantas jalan yang paling singkatlah yang diambil. Jika kurasa mahu singgah
dimana-mana atau mahu menemani sahabatku pulang, maka akan kuambil jalan
kerumahnya, kemudian teruskan perjalanan kerumahku. Kukira ada lebih daripada 5
jalan yang boleh dipilih. Kadangkala aku pulang dengan menaiki bas. Tetapi aku
lebih gemar untuk berjalan kerna tidak mahu tunggu lama untuk basnya. JIka ada
pun, sudah dipenuhi oleh teman-teman dari sekolah sebelum kami. Lantas kecewa semuanya
menunggu-nunggu bas kosong yang tidak kunjung tiba. Sepanjang tempoh 3 tahun di
situ, boleh dikatakan hampir seluruh kawasan di sekeliling perumahanku itu sudah
kujejaki. Sudah cekap dengan kawasan2 disitu.
Lantas, apa kaitan rutin harianku ini dengan pokok
pembicaraan kita? Tersenyum sendiri aku, mengimbau kembali kenangan itu
dibandingkan dgn saat-saatku mula-mula disapa oleh tarbiyahNya. Bersama-sama dengan
teman-temanku berjalan dan menggunakan kenderaan awam semata-mata kerna mahukan
tarbiyahNya. Semata-mata mahu mengejar redhaNya. Semata-mata kerna syurgaNya. Manis
sekali saat itu. Bagiku mungkin itulah persiapanNya untukku. Sudah dibiasakan dengan
perkara-perkara sebegitu. Mendidik diriku untuk hidup berdikari dan tidak
mengharapkan org lain. Belajar erti susah. Membentuk jiwa untuk kuat.
Membiasakan diriku untuk mencari apa jua jalan dan cara untuk mendapatkan
tarbiyahNya. Pabila dikenang kembali, suatu perkara yang paling menyentuh
hatiku ialah, setiap perjalananku itu tiada apa-apa yang berlaku. Mudah saja
langkah-langkahku. Walaupun penat menguasai diri, tetapi aku sangat senang hati
dan cuba menghayati setiap perjalananku itu. Subhanallah, begitu Allah sangat
menjagaku malah setiap hariku ada saja perkara-perkara baru yang kulihat dan
belajar melalui sekelilingku itu. Membentuk cara pandangku juga atas setiap apa
yg berlaku.
Di saat ku melangkah ke menengah atas pula, ku dicampak ke
sebuah sekolah berasrama. Dicampak? Kukira tidaklah sebegitu rupa sekali. Reaksiku
tidak lah segembira mana di saat mendapat tahu khabar itu, malah diriku keliru.
Mahu pergi atau tidak? Namun dengan takdirNya, Allah menggerakkan hatiku untuk
menerima tawaran itu. Alhamdulillah, ditambah pula dgn keinginanku juga
mungkin. Tahap ingin tahu yang tinggi terhadap abang-abangku membuatkanku mahu
mengikut jejak langkah mereka. Ya, mungkin inilah detik permulaanku kepada
tarbiyah itu sendiri. Melihat abang-abangku menjadi lain sekali sepanjang
persekolahan mereka di asrama. Kupikir barangkali kehidupan di asrama itulah yang
telah membentuk mereka menjadi sedemikian rupa, yang kemudiannya menjadi
semakin aneh di saat melanjutkan pelajaran di seberang. Ku semakin
tertanya-tanya apakah yg mereka sedang lakukan di sana? Barangkali ada sesuatu
yang mereka sembunyikan. Aku tidak langsung bertanya kepada mereka tentang itu
kerna tidak tahu mahu bertanya apa. Lantas membuatkan kutekad hendak menerima
tawaran itu juga, kerna ingin menjadi seperti mereka.
Di sekolah baharu; aku bersyukur sekali kerna menjadi insan
yang dipilih olehNya untuk ke situ. Tarbiyah disitu tidak sehebat mana jika
dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain. Biasa-biasa saja kerna sekolah itu
baru saja dibangunkan. Tetapi terdapat insan-insan di situ yang sedikit sebanyak
telah memberiku bayangan-bayangan kepada pencarian tarbiyahku di alam
universiti nanti. Walaupun pada hakikatnya aku tidak mengerti apa2 sangat pun.
Tidak pernah mendengar apa itu tarbiyah juga. Cuma kumerasa ada suatu kebaikan
yang perlu kucari nanti, untuk menjadi seperti abang-abangku. Itulah, mungkin
Allahlah yang telah menyentuh hatiku dengan setiap pengalamanku di situ. Dan
aku juga mula belajar untuk mengenal orang-orang lain, membina network orang
kata. Yang mana penting sekali dalam jalan ni. Pabila menjejak langkahku di
tempat di mana aku berada sekarang ini, di sini lah segala
persoalan-persoalanku dan pandangan-pandanganku terhadap abang-abangku terjawab
secara tidak langsung. Aku lantas mengerti apakah yang membuatkan mereka
menjadi sebegitu rupa. Kukira Allah mempersiapkan aku melalui mereka. MasyaAllah,
sangat cantik perancangan Allah itu. Tidak cukup dengan hanya sekadar
mengucapkan Alhamdulillah kukira.
Mungkin setakat ini sajalah coretanku. Tidak tahulah betul atau
tidak dengan tajuknya. Tetapi, yakinlah bahawa setiap apa yang berlaku itu ada
hikmahnya. Ada sesuatu yang Allah hendak ajarkan kepada kita, sesuatu yang
mendidik dan membentuk diri kita menjadi sepertimana sekarang. Kadangkala kita pikir
itu bukanlah yang terbaik bagi kita, bukan seperti apa yang kita mahukan.
Namun, lihatlah apa yg Allah katakan:
Moga kita semua terus kuat dan tsabat meneruskan perjuangan
ini. Yakinlah dengan janji-janjiNya bahawa Islam itu akan tertegak jua pada
suatu hari nanti.
-UA-
masyaAllah, your preparation is truly inspiring! may Allah guide us together in this tarbiyyah path, insyaAllah. :)
ReplyDelete