Wednesday, October 21, 2015

DemiMu....Kurela


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (29:2)

Terujinya insan-insan yang mengakui tengah mengejar redha Allah, when tarbiyyah is no longer favorable to us as it was before. Bila jalan tarbiyyah ni menuntut segala pengorbanan jiwa, emosi dan fizikal. Bila Allah tarik satu demi satu murabbi untuk membersihkan jiwa dari berbuat kerana mereka, kepada berbuat kerana Dia semata. Bila nasihat demi nasihat,teguran demi teguran, semua menuntut kita untuk berubah. Sepatutnya orang yang ditarbiyyah tu dah tak rasa reluctant nak berubah.. :')

The struggle keeps getting bigger that 'we' think we are not strong enough. Seolah-olah kita yang mampu analyse kemampuan diri sendiri.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan mengikut kemampuannya...."(2:286)

Tapi sesungguhnya Dia yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang masih menggerakkan jasad dan hati untuk meraih redhaNya lagi,lagi dan lagi...

Walaupun masa usrah dah kena serious, agenda usrah panjangnya ya Rabbi, takde dah makanan berlebihan, murabbi direct je kalau tegur, :'( And the list goes on....

Apalah sangat ujian2 perasaan kalau nak dibandingkan dengan segala nikmat hidup yang Allah dah bagi selama ni. At one point, that peak of the life graph, Allah bagi kefahaman tarbiyyah, and Dia nak uji sikit je untuk naikkan level iman kita, TAKKAN kita nak BERPALING ke belakang.. Semata-mata..SEBAB self-satisfaction kita tak dipenuhi. :')

Aku melihat diri, dan akhawat di sekekliling.. Ya semua orang ada struggle masing, and semua orang ada fasa kejatuhan iman masing2.. It happens.

Tapi aku hanya mampu berdoa supaya Allah tetap tsabatkan hati kita dalam jalan ni, bersama-sama... sampai ke Syurga FirdausNya. We might be separated in our own ways. Mungkin ada yang pulang ke pangkuan Allah dulu, mungkin habis belajar kita akan terpisah bertebaran di muka bumi Allah ni, so many mungkins...

tapi dengan keteguhan hati dari Allah tu, semoga kita semua sama-sama ,tebarkan cinta Allah kepada seluruh umat manusia yang sangat dahagakan kasih Ilahi :) walau di mana pun kita berada :)

Kalianlah insan-insan yang mengingatkanku kepada panggilan agung Rabbani.. Insan-insan yang sentiasa menjadi sumber kekuatan dari Allah.. Semoga tetap bersama dalam iman in shaa Allah :)

-anonymous

Wednesday, May 6, 2015

#Prep 6

Without your warmth, without your smile
Without you, by my side
The world was so cold, I felt so lost
Without your light, I felt so blind

A thousand miles I'd run and walk
A thousand times I'd slip and fall
But for you I'd do it again
A thousand times

Without your warmth, without your smile
Without you, by my side
The world was so cold, I felt so lost
Without your light, I felt so blind

You gave me hope, you let me dream
Made me believe I can still trust

You raised me up, you gave me wings
Just like a kite in the sky

A thousand miles I'd run and walk
A thousand times I'd slip and fall
But for you I'd do it again
A thousand times

No words are enough to convey
All the things I want to say
I won't even try Cos I know
Deep down you feel how much I care

Now I hold my head up high
I see my dreams coming true
Peace be with you my dearest friend
In my heart you will remain

A thousand miles I'd run and walk
A thousand times I'd slip and fall
But for you I'd do it again
A thousand times
(A Thousand Time) 
-Sami' Yusof-
 
 Thousands time.
Atas jalan ini, aku jatuh… tersungkur…. Berdarah.
Thousands time.
Sungguh, banyak kali.
But no one knows.

Kadang diri ini ibarat Youtube,
Bila kita cuba nak skip part of the video,
It starts to buffer.
Sometimes, we have to refresh the page
Then, loading akan mula balik
Same goes to us.
Adakalanya, bila kita try nak skip perjalanan itu..
Kita terpaksa bermula kembali dari bawah.
Kita terpaksa merangkak kembali dari bawah.

Banyak kali kita jatuh,
Banyak kali kita terduduk,
Banyak kali kita tersembam,
Tapi tidak ada satu saat pun Allah tinggalkan kita
Tapi
Kenapa kita still rasa terumbang-ambing ibarat
Tiada Tuhan yang peduli?
Allah peduli.
Sungguh, He cares.

Nobody might not know apa yang kita rasa
Nobody might can’t relate dengan situation kita
Nobody might be too busy with personal matters
But,
Adakah kita terlupa adanya Dia yang menciptakan?

Yes,
Kadang terlupa
Kadang teralpa
Tapi,
Dia tidak pernah lupakan ciptaanNya
Dia masih disitu
Menunggu kepulangan hambaNya

Maka
Janganlah engkau tewas
Tewas ditangan Ia yang Menghasut
Kuatkanlah hatimu
Untuk terus berada di atas jalan ini

Kerana
Dia yang memilih kita

Bukan sekadar cabut undi.



                     A087

Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir" (12:87)

Wednesday, April 22, 2015

#Prep 5

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani

Persediaan. Persiapan.
Bagaimana Yang Menciptakan aku dari segumpal darah, lalu kini, hidup dengan menghirup udara segar tarbiyahNya, sungguh, ia berada di luar jangkaanku, malah takkan pernah terbalas dengan tahmid sepanjang hayatku.

Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah.

Dan kalau mengenangkan jahilnya aku meski tarafku hanya hamba, rasa nak terjun  clock tower berkali-kali ._.Kadang-kadang tak faham, mengapa aku, dalam  billion-an manusia di muka bumi, dalam jutaan manusia di Malezi, dalam ratusan manusia di bumi bertuah itu, terpilih, untuk mempelajari lantas menikmati, sebagaimana yg dirasai as-Syahid Sayid Qutb, untuk hidup fi zilalil Quran.

Maka apabila berbicara soal persiapan Allah terhadap aku, sampai kini, jujur kukatakan, I dont know where is this going. Seolah ada sesuatu yg besar yg Dia inginaku tempuhi. Atau mungkin saja, persiapannya adalah caraNya membersihkan jahiliah sebab hanya jiwa yg bersih yg bakal mendiami syurga, abdan-abada, bi iznillah.

Occay sebelum terus menulis suka sekali aku mengingatkan yg menulis agar betulkan niat usahlah dikau riakkk atau adore diri sendiri .-. dan kepada yg membaca kalau errr, rasa annoyed boleh lah shutdown laptop usah terus membaca :p

Okay2. Maka si Booster ini, kerana ar RahmanNya, mengurniakan rezeki (ke musibah) untuk dapat anugerah kepimpinan setiap kali tamat fasa persekolahan, waktu darjah enam, form 3, dan seterusnya kemuncak pencapaian (eheh) anugerah ansara waktu form 5 di salah sebuah institusi pendidikan menengah bertaraf dunia (muaahahaha). 

Masha Allah sisturr.

Tapi nak katanya, dunia, mengiktiraf kepimpinan cikB nie! (oh well, at least, dunia dia)
Dan, cikB nie pun sangat lah yakin dengan LOGAM dia, ber-ke-pim-pi-nan. Dan cikB nie, lepas start wusrah, dia sangat yakin lah dia sangat berperanan dalam menjadi orang-orang yg bakal memimpin orang lain dalam menegakkan Islam. cikB yg sangat merasakan kepimpinan adalah prominent feature-nya, nak sangat menjadi seorang pendidik yg berjaya mentarbiyyah anak didiknya dan bisa aja suatu hari nanti, ber-buah-buah (bukan sebuah) institusi pendidikan yg bakal ditubuhkan di bawah pimpinanya yg membina IM untuk capai UA. Perghhh. Sakan.

Dia sangka, itulah persiapan Allah untuknya, pasti sesuatu yg besar, berat menanti.
Namun besar periuk, besar keraknya, ye aok?

Dalam tarbiyah fi zilalil Quran, dia sedar, yg memimpin itu bukan soal anugerah atau glamour, yg memimpin tiu bukan soal berapa ramai pengikut yg kita ada, tapi ia soal memenuhi tujuan hidup kita.
Dan untuk seseorang yg dipersiapkan secara lebih khusus dalam soal memimpin, pasti, Dia bakal mengujiku dengan sesuatu yg lebih besar.

Moga hingga saat itu, Dia terus mentarbiyyah aku, mempersiapkan aku, sebab aku, nak balik syurga, nak duduk semeja makan dengan A'ishah, dengan Umar, dengan al Fatih, dan yg paling utama, aku nak balik syurga dengan mama abah izzat dan duduk dalam taman di bawahnya sungai-sungai mengalir sambil makan ais kacang syurga dengan Rasulullah sambil cerita mcm mana baginda menang lumba lari dengan 'Aishah.

Insha Allah.

Sesungguhnya menanam obsesi syurga itu memerlukan kita merasa serba tidak cukup dan serba kekurangan di dunia. Mampu kah B?

Err, ku kira sampai di sini sahaja. Cerita lain, biarlah ku simpan sendiri, nanti kita sembang kat syurga, eh?


Women up, dude!

Monday, April 13, 2015

#Prep 4






Bismillahhirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulilah.
Atas kasih sayang dan rahmatNya,
Masih diberi peluang olehNya utk hidup,
Menghirup udara milikNya,
Menikmati nikmat-nikmatNya.
Walaupun kita kadang kala lupa,
utk memanjatkan kesyukuran kepadaNya,
Lupa akan tujuan penciptaanNya,
Kerna terlalu alpa dgn permainan dunia,
Dan begitu asyik mengejar perkara yg fana.
Namun, begitu penyayangnya Allah,
Tidak terus menghukum kelekaan kita,
Masih memberi kita kesempatan waktu,
utk kembali mengingatiNya,
Dan masih diberi peluang utk membuktikan
manifestasi cinta kita kepadaNya.
Lantas apa yang kita tunggukan lagi?
Ayuh! Bangkitlah! 



“Ketahuilah oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kalian serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang karenanya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” 
(Al-Hadid: 20)




Perjalanan hidupku. Subhanallah. Sukar untukku ungkapkan dengan kata-kata mahupun perkataan-perkataan ini. Mengambil masa yang agak lama untuk mengimbau kembali bagaimana Allah menyusun perjalanan dan persiapan hidupku, untuk diceritakan kembali di sini. Sejujurnya sukar sekali untukku menaipnya disini. Namun, InsyaAllah akanku cuba juga ya J untuk kamu2 yang kucintai fillah <3


Alhamdulillah, atas nikmat tarbiyahNya, yang telah membersihkan dan menyucikanku. Dan ku juga lebih mengerti tentang banyak hal lagi, terutamanya tentang Islam itu sendiri. DIlahir dan dibesarkan dalam keluarga yang agak besar jumlahnya bagiku. Dengan pelbagai kerenahnya. Kehidupanku biasa-biasa saja, Alhamdulillah cukup semuanya. Kalau ada yang tidak cukup pun, tidak pernah merasa untuk meminta-minta lebih. Mungkin barangkali sudah terbiasa untuk tidak meminta-minta? dan hidup berdikari. Hidup berdikari. Kelakar pula rasanya pabila mengimbau kembali rutin harianku disaat pulang dari sekolah. Sejakku di Darjah 1 sehinggalah Tingkatan 3, pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Hmm mungkin sekolah rendah tidak mengapa lagi kerna dekat sahaja. Menengah rendah; sekolahku tidak lah jauh mana dari rumah, 5-10 minit saja sudah sampai, dengan kereta. Tetapi perjalanan pulang dengan berjalan kaki mengambil masa tidak kurang dari 30 minit. Jika jalan yang diambil adalah yang paling jauh, maka lebih kurang 45 minit hingga 1 jam lah waktu yang kuambil untuk pulang. Dan jalan yang kulalui setiap hari pula berbeza2, mengikut keadaan cuaca, keberadaan rakan lain, dan mood juga. Jika kurasa mahu cepat pulang, lantas jalan yang paling singkatlah yang diambil. Jika kurasa mahu singgah dimana-mana atau mahu menemani sahabatku pulang, maka akan kuambil jalan kerumahnya, kemudian teruskan perjalanan kerumahku. Kukira ada lebih daripada 5 jalan yang boleh dipilih. Kadangkala aku pulang dengan menaiki bas. Tetapi aku lebih gemar untuk berjalan kerna tidak mahu tunggu lama untuk basnya. JIka ada pun, sudah dipenuhi oleh teman-teman dari sekolah sebelum kami. Lantas kecewa semuanya menunggu-nunggu bas kosong yang tidak kunjung tiba. Sepanjang tempoh 3 tahun di situ, boleh dikatakan hampir seluruh kawasan di sekeliling perumahanku itu sudah kujejaki. Sudah cekap dengan kawasan2 disitu.
Lantas, apa kaitan rutin harianku ini dengan pokok pembicaraan kita? Tersenyum sendiri aku, mengimbau kembali kenangan itu dibandingkan dgn saat-saatku mula-mula disapa oleh tarbiyahNya. Bersama-sama dengan teman-temanku berjalan dan menggunakan kenderaan awam semata-mata kerna mahukan tarbiyahNya. Semata-mata mahu mengejar redhaNya. Semata-mata kerna syurgaNya. Manis sekali saat itu. Bagiku mungkin itulah persiapanNya untukku. Sudah dibiasakan dengan perkara-perkara sebegitu. Mendidik diriku untuk hidup berdikari dan tidak mengharapkan org lain. Belajar erti susah. Membentuk jiwa untuk kuat. Membiasakan diriku untuk mencari apa jua jalan dan cara untuk mendapatkan tarbiyahNya. Pabila dikenang kembali, suatu perkara yang paling menyentuh hatiku ialah, setiap perjalananku itu tiada apa-apa yang berlaku. Mudah saja langkah-langkahku. Walaupun penat menguasai diri, tetapi aku sangat senang hati dan cuba menghayati setiap perjalananku itu. Subhanallah, begitu Allah sangat menjagaku malah setiap hariku ada saja perkara-perkara baru yang kulihat dan belajar melalui sekelilingku itu. Membentuk cara pandangku juga atas setiap apa yg berlaku.

Di saat ku melangkah ke menengah atas pula, ku dicampak ke sebuah sekolah berasrama. Dicampak? Kukira tidaklah sebegitu rupa sekali. Reaksiku tidak lah segembira mana di saat mendapat tahu khabar itu, malah diriku keliru. Mahu pergi atau tidak? Namun dengan takdirNya, Allah menggerakkan hatiku untuk menerima tawaran itu. Alhamdulillah, ditambah pula dgn keinginanku juga mungkin. Tahap ingin tahu yang tinggi terhadap abang-abangku membuatkanku mahu mengikut jejak langkah mereka. Ya, mungkin inilah detik permulaanku kepada tarbiyah itu sendiri. Melihat abang-abangku menjadi lain sekali sepanjang persekolahan mereka di asrama. Kupikir barangkali kehidupan di asrama itulah yang telah membentuk mereka menjadi sedemikian rupa, yang kemudiannya menjadi semakin aneh di saat melanjutkan pelajaran di seberang. Ku semakin tertanya-tanya apakah yg mereka sedang lakukan di sana? Barangkali ada sesuatu yang mereka sembunyikan. Aku tidak langsung bertanya kepada mereka tentang itu kerna tidak tahu mahu bertanya apa. Lantas membuatkan kutekad hendak menerima tawaran itu juga, kerna ingin menjadi seperti mereka.
Di sekolah baharu; aku bersyukur sekali kerna menjadi insan yang dipilih olehNya untuk ke situ. Tarbiyah disitu tidak sehebat mana jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain. Biasa-biasa saja kerna sekolah itu baru saja dibangunkan. Tetapi terdapat insan-insan di situ yang sedikit sebanyak telah memberiku bayangan-bayangan kepada pencarian tarbiyahku di alam universiti nanti. Walaupun pada hakikatnya aku tidak mengerti apa2 sangat pun. Tidak pernah mendengar apa itu tarbiyah juga. Cuma kumerasa ada suatu kebaikan yang perlu kucari nanti, untuk menjadi seperti abang-abangku. Itulah, mungkin Allahlah yang telah menyentuh hatiku dengan setiap pengalamanku di situ. Dan aku juga mula belajar untuk mengenal orang-orang lain, membina network orang kata. Yang mana penting sekali dalam jalan ni. Pabila menjejak langkahku di tempat di mana aku berada sekarang ini, di sini lah segala persoalan-persoalanku dan pandangan-pandanganku terhadap abang-abangku terjawab secara tidak langsung. Aku lantas mengerti apakah yang membuatkan mereka menjadi sebegitu rupa. Kukira Allah mempersiapkan aku melalui mereka. MasyaAllah, sangat cantik perancangan Allah itu. Tidak cukup dengan hanya sekadar mengucapkan Alhamdulillah kukira.


Mungkin setakat ini sajalah coretanku. Tidak tahulah betul atau tidak dengan tajuknya. Tetapi, yakinlah bahawa setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Ada sesuatu yang Allah hendak ajarkan kepada kita, sesuatu yang mendidik dan membentuk diri kita menjadi sepertimana sekarang. Kadangkala kita pikir itu bukanlah yang terbaik bagi kita, bukan seperti apa yang kita mahukan. Namun, lihatlah apa yg Allah katakan: 





Moga kita semua terus kuat dan tsabat meneruskan perjuangan ini. Yakinlah dengan janji-janjiNya bahawa Islam itu akan tertegak jua pada suatu hari nanti.

-UA-






Wednesday, April 1, 2015

# Prep 3

Source from Google of course :3

Secara tak langsung, kami mengimarahkan semula blog milik JS ni after murabbiah kami memberi task ini.. :3 It all begins after membedah tafsir Al-Alaq which the first part tells us about how Allah prepared Rasulullah in the journey of him becoming a prophet and to carry a huge responsibilities. 40 years. He had been a great man back then and even until now, Kalau tak, takdelah pakcik Michael Hart list RASULULLAH SAW as the first ranking in The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History. Legend. Michael Hart said that Prophet Muhammad is listed as the first ranking because he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels.

Ya Allah. Itulah hasil tarbiyyah Allah terhadap Baginda SAW. :')

Even kalau tengok all those influential scholars in Islam, most of them are not born to be a muslim or a practicing Muslim, tapi Allah preparekan diorg dgn kehidupan sebelumnya yang totally different. Tetapi kefahaman Islam tu datang membersih, meluhur dan memberkati sisa usia yang tinggal. 

Living in the duniya for almost 20 years is a big deal when you realize that you haven't really done anything for the religion of Allah... Mungkin saja hidup sebelum ditarbiyyah ni hanya sebagai lebihan dunia :'( Tapi sesungguhnya perancangan Allah tentang bila hidayah akan menyapa hati ini adalah yang terbaik. So here goes what I think about Allah's preparation for me ( muqadimmah panjang sungguh ==')

So sepanjang hidup ni sangat mensyukuri story line yang Allah dah set, daripada family background mana yang sesuai dengan diri, sampailah di bumi Nottingham yang sedang dipijak sekarang, semua Allah punya decision. Rasa sangat di'preserve' Allah selama hidup ni. Ada jugaklah jahiliyyah2 tu, tipulah klau takde. 

It's gonna take some time for me to list all of Allah's preparation, so I am just gonna emphasize on what I can think of now. Antaranya is macam mana Allah prepare dari segi development diri sendiri lah kot. There are phases in life which even I can't believe myself ==' 


Dari kecik dulu my parents said jenis cakap pot pet pot pet jugak ( as in cakap banyak) but I can't really remember lah sbb kotak memori yg tu maybe terdelete kot. But yeah, mungkin betul. As I grew up, Allah takdirkan jdi budak pandailah jugak kat sekolah rendah dulu. Alhamdulillah for my nerdness back then(literally nerd cuz I was wearing Allah knows what spectacles mcm budak nerd.. haha) But I was not really an outspoken or loud type of person. Pemalu lah jugak kot. (Yeah, I doubt that too. But it's the fact) So Allah pun takdirkan lah dengan result UPSR dapatlah masuk satu MRSM ni. Makanya dengan paksarela masuklah diri ini ke tempat itu. So my journey of living independently began. 


Baru sedar lah yang betapa Allah nak mengajar mampu hidup berdikari tu. Bnyak lah yang dapat belajar dari segi the people, the environmentnya sendiri .Klau nak cerita satu novel pun tak habis. But I remember one scene, masa tu tengah presentation dalam kelas,  cikgu BM tu duduklah kat belakang kelas masa nak observe tu. Lepas tu dia tegur "Boleh tak awak cakap kuat sikit. Saya tak dengarlah." Ya Allah. Suara pun tak keluar dulu. Malu tak kena tempat. So I have been improving since and now they said suara kalah speaker. :3 Not my fault. haha. Tapi my parents are always worried about me being to friendly with everyone. Including strangers. I love to know people. Alhamdulillah sangat membantu lah benda2 ni dalam jalan DnT ni. 


For those yang think I was born with what I have now, think again. Penat weyh ajar diri sendiri. Untuk berani cakap depan org, untuk ada confident tu. Memang akan makan masa lah. But all that I can say is it can be developed :) Tarbiyyah kan mampu mengubah manusia. 

Turning point jadi baik dalam hidup is masa Form 3 lah sebab nak PMR. hehe.. I start to get closer to Allah. And the tarbiyyah goes on.. Tapi just org yang sukakan kebaikan lah masa tu. Takdelah faham sangat Islam tu as a whole :) 


So entah lah betul ke tak ni preparations. Some stories are just to be kept to oneself. Tapi tulah, setiap org yang ditarbiyyah mampu je kot merasai dari segi mana sebenarnya Allah memelihara hidup dia sejak dari lahir sampailah sekarang. Flashback timeline hidup sendiri and kita akan nampak apa Allah nak ajar kita sebenarnya. Setiap significant or insignificant life events yang berlaku ada hikmah Allah yang tersendiri. Preparation Allah untuk kita sesuai dengan beratnya tanggungjawab yang harus dipikul sekarang, iaitu mengembalikan manusia kepada Allah. Which almost seems impossible to be accomplished. Tapi andaikata keimanan kepada Allah hanya sebesar zarah pun niscaya manusia mampu berjalan di atas air. Hmm.. Mungkin kita yang belum meyakini kekuasaan Dia sepenuhnya. He prepared us all this while and will keep preparing us untuk menyambung risalah Rasulullah. 


Suka sangat kisah nabi Musa sebab rasa dekat dengan hidup sendiri. Mcam mana Nabi Musa yang dibuang ke sungai nil semasa bayi, besar pulak terbunuh org...and panjang lagi kisah nabi Musa ni. Nak katanya flow ceritanya banyak dramalah. Tapi Allah still pilih dia untuk terima wahyu.



"Dan Aku telah memilih engkau, maka dengarkanlah apa yang akan diwahyukan (kepadamu)" (20.Taha:13)
Allah lebih mengetahui kebaikan dalam diri Nabi Musa, maka Allah memilih dia. Bersyukurlah wahai insan2 yang dipilih oleh Allah, kerana pilihan Allah bukannya random selection or cabutan bertuah, tapi sebab dia melihat kebaikan dalam diri kita dan dia inginkan kebaikan bagi kita. 


عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
مَنْ يُرِدِ اللّهُ بِهِ خَيْراً يُفَقّهْهُ فِي الدّينِ
(صحيح البخارى ومسلم)
"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia(Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din" (HR Bukhari dan Muslim) 
And don't worry, Allah yang akan terus menjaga kita sepertimana sebelum ini.

"Dan sungguh, Kami telah memberi nikmat kepadamu pada kesempatan yang lain ( sebelum ini) " (20.Taha : 37)

Alhamdulillah, that's about it. Treasure Allah's tarbiyyah. Open our heart to be His student cause tarbiyyah is a lifelong learning experience. Until we meet Allah again. 

"Being a Muslim is not about making Islam flexible with us, but making ourselves flexible with ISLAM." - just me 

-αβ-

~Di Bumi Nottingham ini aku mengenal Allah.~

Thursday, March 26, 2015

# Prep 2




Alhamdulillah syukur kita setelah seminggu ni,diberi peluang masih dapat menghirup udara Ilahi dan mampu menulis untuk kali ini. Kesibukan sejak beberapa hari ini kadangkala membuatkan diri selalu alpa dengan nikmat yang melimpah ruah tanpa kita sendiri minta.
Banyak betul nikmat yang Allah bagi selama dihidupkan 20 tahun ni tapi yang paling best itu adalah....TARBIYYAH. Nilai nikmat ni tersangat infinity. Tak semua orang yang Allah pilih untuk dapat sesuatu yang priceless. But we know that great power comes with great responsible, right? So now I realise that there are many things to do towards the world nowadays. Tak perlulah untuk beritahu betapa payahnya untuk mengubah dunia sekarang yang seronok dengan hiburan dunia semata kepada mengejar mardotillah.

Back to our topic, so much things happened in my life. And He planned everything that has their own reason. Dan dalam kehidupan selama beberapa tahun ini banyak moments yang Allah dah prepare for myself to go through them sampai ke hari ini. (Hmmm baru tersedar rupanya, kalau tak ada task ni, mananya nak tengok balik masa dulu tu). The story starts after lepas UPSR. Semua budak mesti rasa seronok kalau dapat masuk sekolah yang diminta kan? Same with me too. Adalah apply sekolah agama, MRSM dan SBP. Alhamdulillah dengan takdir Allah, dapat tawaran sekolah agama awal tahun tu dan juga boleh duduk asrama sekolah tu (sebab rumah jauh sikit...tapi still dalam negeri yang sama). Suasana sekolah tu best, kawan-kawan pun ramai. Ye lah, benda baik-baik je dalam tu,aurat terjaga dan tak ada pergaulan bebas. Senior semua kamcing habis la. Kalau nak cerita dekat sini tak habis nak tulis. Nak dijadikan cerpen, dalam bulan Febuari mak call warden. Katanya dapat tawaran MRSM pula, dan of course perasaan parents bila anak dapat MRSM mestilah terharu. But for me it was totally different. I cried like a baby dekat public phone cakap, 

"Tak nak pergi sana, jauh lah. Nanti tak ada kawan. Sini dah best, dekat pula tu dengan rumah. Tak yah la ea pindah". 

Sebagai anak sulung, kenalah ikut apa yang parents nak. Walaupun hati kata tak nak, but kena jaga perasaan mereka yang nak anak dia duduk jauh dari rumah belajar pandai dekat sekolah bagus. Susah kot, nak meninggalkan benda yang kita rasa best then berhijrah kepada perkara yang memerlukan pengorbanan perasaan, fizikal, mental. One thing, pergi sana bawa tudung labuh sekolah lama, tak tahulah kenapa rasa secure bila pakai balik. Ya, di situ dah nampak Allah bagi comfort untuk teruskan tutup aurat walaupun tak berapa nak faham kenapa.  Culture shock? Hmmm ... ada ja tapi Alhamdulillah lama-lama boleh la cope dengan suasana MRSM, perangai budak-budaknya macam mana. 

Ya Allah, bila difikirkan balik kenapalah Allah tak biarkan saja untuk stay dalam sekolah agamatu. Lagi dekat apa dengan kebaikan dan kerohanian. Tapi itulah Dia nak uji macam-macam cara pun boleh. Kan Allah dah berfirman dalam surah Al-Anbiya' ayat 35:  
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”

Ya, bagi kita ujian yang datang tu membawa kepada keburukan sedangkan Allah itu Maha Mengetahui segalanya. Kita sendiri kena cari tarbiyah di sebalik apa yang berlaku dalam hidup sehari-hari. Mungkin kalaulah still duduk dekat sekolah lama, benda lain yang akan terjadi. Mungkin juga takkan bertemu dengan tarbiyah tu sendiri. Perancangan Allah tu sangat cantik. Duduk jauh dari family mengajar to be independent, berkawan dengan orang baru dari negeri lain. Kalau tak, memang akan jadi katak di bawah tempurung sebab tak bercampur dengan orang luar langsung dan kesannya tak ada network yang besar. Network ni kan salah satu alat dalam DnT juga kalau kita guna dengan baik. See, Allah knows the best.



Rasanya ini saja kot, moment paling bermakna. Walau macam mana sekalipun, just go back to Allah. Our past is not the thing that we have to regret for. Our past is just lesson to prepare and teach us for the future. InsyaAllah. May Allah guide us. Jazakamullahu khairan katsiran :)



Friday, March 20, 2015

#1 Prep

Assalamualaikum chuolls.

Berhabuk weyh blog ni. Hehe. Almaklum lah, semua orang dh masuk degree kan. Sibuk yang teramat kan. Tak sempat update blog kan. Blog sniri pun tak update kan. Bila jadi task, baru buat kan. Kan. Kan. Kan.

Hmm *tarik nafas hembus nafas*. Masih bernafas! Alhamdulillah.. Masih hidup sebagai manusia yang didefinisikan oleh AlQuran (2:30)(51:56). InsyaAllah akan terus menjadi manusia dari mula kenal tarbiyah sampai nafas terakhir. Doakan! J

Well. Sebelum ni.. Tak penah terfikir pun akan terjebak dengan benda alah ni. Tak pernah bermimpi pun nak kenal Allah sampai begini dan menyampaikan kepada org lain. Tapi.. Allah dah cakap 

Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama” (22:78). Siapa kamu? Dia dh pilih? Hmm.

Kita ni baru terpilih jadi manusia yang faham agama. Tapi, terpilihnya Cik Nurul tak lah sedahsyat terpilihnya insan yang bernama Muhammad. 40 years of preparations. Untuk Muhammad menjadi seorang utusan Allah; Rasulullah, dalam keadaan jahiliyah yang pekat. It is something really big to put on one’s shoulder. Untuk menyampaikan risalah Allah dan memastikan penerusan dakwah baginda sampai kiamat. Tapi, that’s it. Allah dah pilih dan pilihan Dia takkan tersilap. Confirm!

Kalau nak compare, hmm. Mungkin 18 tahun persediaan, ujiannya tak cukup besar macam Rasulullah. Tapi aku tahu, telah terpilihnya aku untuk meneruskan perjuangan Rasulullah ni. Dan Allah takkan pilih aku kalau aku tak mampu (2:286). Even rasa berat, kerana fitrahnya pejuang agama begitu, nak taknak you have to. Because Allah has already mentioned it in (2:155).

Sebelum tu, kita tengok eh. Rasulullah dilahirkan yatim, takkan lah kita perlu jadi yatim dahulu baru boleh menyampaikan dakwah? Rasulullah mengembala kambing, kita kena camtu jugak ka? Rasulullah kahwin dengan ahli perniagaan, takkan kita pun nak isi boring BM letak ciri-ciri “WAJIB AHLI PERNIAGAAN” kot. Eheh. Each one of us has been prepared with our own way that Allah knows what is best J

Sorry if the muqaddimah is quite long. Kbai.



Lama memikirkan apa persediaan-persediaan yang aku lalui. Tapi, ni je yang mampu difikirkan buat masa sekarang ni. Mungkin ada lagi yang aku tak perasan, bahawa itu adalah persediaan. Hehe takpa nnt teringat boleh edit balik no :p

Kita mula dengan benda pertama lah eh. I am the youngest in my family. So what? I don’t know what to explain with this point. Hehe. Maybe.. Being the youngest, kurang lah kot rasa attachment dengan family tu sgt in term of responsibility compared to anak sulung (sorry anak sulung sekalian). Attachment yang manja-manja tu, of coz lah anak last win! Herher. Tak reti nk elaborate point ni sangat. Tp klu tak paham, mai tanya personally noh.

Secondly, even waktu aku dilahirkan, family dh agak senang. But they used to be in hard situations waktu kakak n abang-abang kecik lagi. And still tak bersenang sangat lah walaupun dh senang. Do you get what I mean? Contoh ehh, cuti sekolah jaa kitorg adik beradik dah biasa dah naik bas ni ramai-ramai pi melawat ayah yang keja jauh nun di selatan. Sebab nobody has license and car yet selain ayah that time. So, bab2 public transport ni, dikira pass lah jugak. Tak kisah la asalkan sampai gituu. Makanan hmm, pun biasa aih makan benda ‘peghangat’ and share2 nih. Kiranya insyaAllah boleh survive lah klu rupiahnya kureng.

One of the things that really amazed me is sepanjang hidup, kawan-kawan yang jadi geng semuaaa baik n pandai belaka. Klu kt sekolah menengah (lower form) tu, dah lah sekolah ternakal dalam daerah.Serious tak tipu.  Tak faham mcmana boleh survive dengan kawan-kawan ‘the alim-est’ of the batch gitu. Haha. Tiap tahun Anugerah Cemerlang dok sebelah orang yang sama. It’s not mean that yang kurang baik tak kawan, kawan jugak and I really mixed well with them. Tapi, Allah tu sangat menjaga eh. Tak penah rasa nk ikut ke apa. Tahu tu mesti lah, kes-kes berat ni dh biasa dah dengar, tengok. Pengawas enn masa tu. But I’m kinda pengawas yang di-favourite dak-dak nakal ni sebab berani tegoq dgn berhikmah kot. Masa tu lah. Ecewahh haha.(sorry perasan banyak). In other word, I can survive in that kinda bad biah.

Satu rahsia, lps PMR aku join program tahfiz. Kena pakai jubah n tudung labuh banget macam ostajah. Tp tu lah permulaan aku mula cuba istiqamah sikit2. Bai.

Upper form, masuk lah pulak satu maktab ni. Orang yang tak penah pindah rumah sejak lahir ni, bila kena pindah even dekat chet (15-20 mins away ja pun) terasa weyhh. Tp ntah lah masa tu, lepas dipaksa-tinggalkan, automatically berdikari feeling developed in me. But not really, sbb tiap minggu outing. Heh. Pastu kan.. Hambek kau, gila kuasa teruih dok maktab, BWP, Badaq. Haa ambek. Ambek!!! Tapi, tak menyesal lah. Cheq suka sibuk-sibuk dengan benda leadership ni. Bila takdak keja, haa keja LDP pun aku buat. Hahaha! Satu benda paling aku suka pasal maktab ni, biah dia. Biah yang solehah banget. Nggak pernah rasain begini. Ramai pki tudung labuh, stoking wajib, ada yg pki handsock, etc. etc. and mulalah aku terinspirasi nak jadi cenggitu. Majlis ilmu pun selalu, solat jemaah, and it was my first time knowing Mathurat. I feel so blessed that time. Hmm naluri orang yang suka kebaikan kot. Alhamdulillah I have that J hehehe. Join usrah maktab yg senior yg dh keluar maktab buat (even tak terasa sangat). Ustazah siap pesan kat dak-dak usrah, nnt kt univ cari usrah ye! (ni point paling penting) MashaAllah seronoknya bila tahu aku dah dipilih untuk join dan mencari tarbiyah ni sejak awal J

And first time ever, dikeluarkan out of Kedah. Ke Semenyih, Selangoq. And I didn’t know there is a place named Semenyih in Malaysia. Haha. Bermulalah era berjauhan dengan family. Being an independent person (well, not really sbb agak selalu balik hehe). Tp ni lah ah preparation untuk aku mudah ‘buat kerja’ sbb tak diseru utk balik selalu klu rumah dekat. Hehe aside from less attachment with family. 

And lastly, FYI I’m very dependant person to my eldest brother (in term of money). Everything from head to toe, almost semua keinginan2 (bukan keperluan) dia yang belikan. Waktu foundation, he got married. And I know, after this I have to not being meminta-minta kt dia lagi. huhu. Sebab dia ada responsibility to others and not me as the main one. *ayat redha*

Penat menulis and pikir idea. So now dh rasa malas tulih. Til here then. Bye.
Salam muah! #YanNi