Friday, May 18, 2018

#Ramadhan02



Until this very day, without fail Allah has given us the opportunity to breathe the Ramadhan air and capture its spirit. Alhamdulillah. Salah satu nikmat yang tak terhitung nilainya. Kalau kita nak kira mengikut tahun, as for me, tahun ni dah tahun yang ke-23 dah diizinkan untuk masih hidup dalam bulan Ramadhan. Walaupun almost hari-hari kita dengar kenalan dan sanak-saudara yang meninggal dunia, tapi Allah masih memanjangkan usia kita dan keep on hadiahkan kita tiket untuk hadir ke bulan Ramadhan saban tahun. Well that is something.

                If and only if, kita nilai balik Ramadhan2 yang lalu, rasa sangat malu nak mengaku yang prestasi kita dah meningkat and kita dah jadi semakin baik after each Ramadhan ends. A sad truth and a hurtful fact. Most of the time, kita akan kembali kepada diri kita yang asal as soon as Hari Raya starts. Sedangkan Allah dah hadirkan Ramadhan sebagai Madrasah Tarbiyyah yang terbaik untuk hamba-hambaNya dalam mereka nak memperbaiki diri menjadi lebih baik. Be it spiritually, intellectually, physically or be it anything. Just name it. Ramadhan is the best time and the best environment to practically achieve all aspects in life that we would love to improve.
               
Quoting from Imam al-Ghazali in his kitab Ihya’ Ulumuddin, he said: “Puasa mempunyai tiga tingkatan. Tingkat terendah iaitu puasa umum. Ia hanya menekankan aspek supaya menjauhkan diri daripada perbuatan-perbuatan zahir yang boleh membatalkan puasa seperti makan dan minum. Tingkat kedua iaitu puasa khusus. Mereka yang berada pada tingkatan ini, tidak hanya meninggalkan hal-hal yang boleh membatalkan puasa, bahkan mereka juga menjauhkan diri daripada perkataan, pendengaran, penglihatan serta tindak tanduk yang boleh mencacatkan pahala puasa. Manakala tingkat tertinggi pula ialah puasa untuk golongan khusus dari orang khusus. Puasa ini dikenali sebagai puasa hati. Ini kerana, mereka yang berada pada tahap ini banyak berzikir kepada Allah SWT. Mereka juga mengawal hati dari dicerobohi cita-cita dan kehendak duniawi yang memperdayakan.”

                Walaupun kita dengar every year waktu ceramah pasal puasa, kata2 Imam Ghazali ni sekadar ilmu je dalam kepala kita. And it stays that way for Allah knows how long. Tak terdetik pun dalam hati kita untuk tinggalkan tahapan puasa umum tu and work hard untuk capai tahapan seterusnya. Maybe its about time for us to refer our manual, Al Quran and start digging on how to make our moves to the next level. And most importantly, macam mana nak capai taqwa tu sendiri.

“Kitab (Al-Quran) ini tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.” (2.Al Baqarah:2)

Allah sebut benda ni awal-awal dalam Quran. Dalam ayat yang kita semua familiar pun. Just to tell us that Al Quran is the best guidance for those who want to reach the level of taqwa. Period. Kita dah xde alas an lagi dah nak bagi.

Bumi dah tua and kita pun dah semakin tua. So mungkin dah sampai masa untuk kita bersungguh-sungguh dengan Ramadhan kali ni and try all means untuk capai taqwa tu. A gentle reminder to us all that we might not get to see Ramadhan again next year. We’re not even promised to be able to complete it this year. Mati tu oleh jemput kita bila-bila. So jom kita guna masa yang kita still ada sekarang, selagi roh masih dikandung jasad and be a better version of us.

“Ya Allah, kau telah sampaikan kami dalam bulan Ramadhan ini. Maka kau bantulah kami untuk beramal dengan sebaik-baik amal dan kau terimalah amal-amal kami. Sesungguhnya Kau Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.”

 -αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-

No comments:

Post a Comment