In shaa Allah sempena Ramadhan kali ni, Allah gerakkan hati untuk mulakan misi satu entri satu hari sepanjang Ramadhan ni. Moga Allah berikan kekuatan dan ilham untuk menulis and above all, moga Allah redha.
Tujuan Allah wujudkan Ramadhan:
Allah taala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.
(Yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika ia tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (Al Baqarah: 183-184).
Besarlah target utama yang Allah harap manusia jadi melalui Ramadhan ini. Mudah-mudahan kita menjadi orang bertaqwa seperti orang-orang terdahulu. First of all, jom kita sama-sama tengok apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan taqwa tu sendiri. Bab-bab definisi taqwa ni memang akan sangat teringat dialog antara Saidina Umar Al Khattab dan Ubai bin Ka’ab, dua nama yang x asing lagi dalam sirah para sahabat. Almaklumlah, sahabat punya versi borak borak tarbawi ni memang something sikit. Deep dia lain macam. So here goes nothing.
Pada suatu hari, Umar al Khattab r.a bertanya kepada Ubai bin Ka’ab r.a mengenai makna taqwa yang sebenarnya.
“Pernah tak kau melalui satu jalan yang berduri?” tanya Ubai kembali kepada sahabatnya.
“Ya, pernah” jawab Umar.
“Apa yang akan kau lakukan untuk melalui jalan itu?” tanya Ubai lagi.
“Aku akan berjalan dengan berwaspada dan berhati-hati.” Jawab Umar.
“Maka seperti itulah taqwa.” Kata Ubai sebagai konklusi kepada pertanyaan Umar.
Banyak lagi hadis2 yang menyimpulkan bahawa taqwa ini adalah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya sepenuhnya. Dan bila ditambah pula dengan point berhati-hati tu sangat reflects on how para sahabat ni sangat ambil berat dengan state keimanan dan ketaqwaan diorang. Kalau boleh dia x nak keluar sikit pun dari framework and border line yang Allah dan Rasulullah saw dah tetapkan.
Tahap hati-hati yang sampai setiap masa pun mereka merasakan Allah sentiasa bersama dan memerhatikan setiap tindak tanduk mereka. Begitu hebat tarbiyyah yang Rasulullah saw dah terapkan dalam kehidupan mereka sampai boleh capai tahap keimanan dan ketaqwaan yang macam tu.
Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Allah masih mengizinkan kita untuk masih menjejakkan kaki dalam bulan Ramadhan pada tahun ini dan sudah pastinya Allah x nak kita sia-siakan peluang yang diberi.
Saya menyeru diri saya sendiri dan semua yang membaca untuk kita sama-sama kurangkan generation gap antara zaman kita dan zaman para sahabat Baginda. Hanya itu satu-satunya cara supaya kita pun boleh rasa yang taqwa tu mampu dimiliki. Bukan hak mutlak Rasulullah dan para sahabat baginda sahaja. So, besar jugaklah effort yang perlu kita curahkan untuk membentuk perasaan dan keyakinan yang sama. Keyakinan yang sampai tahap depan manusia ke, kita sorang2 ke, kita akan still beramal dengan amal2 terbaik sebab kita tahu Allah memerhati dan menilai kita pada setiap masa.
Teringat tazkirah ringkas di surau rumah saya semalam, ustaz tu cakap, “This Ramadhan, It’s all about our mindset of what we want to achieve.” Lebih kurang la ayat dia. Haha. Jom sama-sama set target apa yang kita nak capai, apa yang kita nak ubah, apa yang kita nak improve sepanjang Ramadhan ni. Dan sama-sama make sure semua yang kita buat dalam bulan ni cukup untuk menjadi bekalan untuk bulan-bulan yang akan datang.
In shaa Allah, stay tuned for the upcoming entries sepanjang Ramadhan ni. Dengan harapan, Ramadhan kita kali ni akan lebih bermakna.
-αβ-
-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-
No comments:
Post a Comment