The past two weeks was very hectic. And it still is. So, I decided to write one special post, to sum up the last ten days of Ramadhan. Tahun ni punya Ramadhan lain macam sikit mood dari awal even sampai nak habis Ramadhan. Because of everything that happened to me prior to this month. I really take this Ramadhan personal.
Especially malam2 terakhir ni. X nak langsung dengar lagu raya kalau boleh because I really wish Ramadhan would stay forever. Really. Banyak jugak la moment2 “basah telekung + bunyi selesema” time tarawikh sampai makcik-tarawikhmate siap bagi tips nak hilangkan selesema and kena kurangkan minum ais. Senyum je la dengar.
This Ramadhan, I got to know my true self better, and most importantly I got to know Allah better. Ramadhan ni jugak jadi indicator for my upcoming life of being a better abid and khalifah. And who knows, this might be the last Ramadhan.
Allah tutup Ramadhan dengan fasa pembebasan dari api neraka dan jugak satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Something yang semua orang pun nak. Dekat dunia pun kita x sanggup nak biar diri kita disentuh api, inikan pula di neraka yang apinya x dapat digambarkan melalui kata2. Yang pasti lebih dari menggerunkan.
Biarlah Ramadhan ni mencorakkan pattern kehidupan yang kita pilih selepas ini. Kita mungkin overwhelmed dengan persiapan raya sampai missed out permata-permata akhir yang Allah bagi dalam fasa terakhir ni. 10 malam terakhir ni macam final preparation untuk plan hidup kita lepas ni. Sebab masa ni je yang kita ada dengan Allah without gangguan syaitan.
Mungkin kita dah tak bernyawa pun pagi raya tu. Rugilah kita. Rugi sangat. Sebab x kejar ruang-ruang amal dalam Ramadhan. Aidilfitri adalah hari kemenangan untuk sesiapa yang betul-betul all out untuk capai ketaqwaan sepanjang Ramadhan.
Jika Allah takdirkan kita mati sesudah selesai Ramadhan tahun ini, moga-moga Allah terima amal-amal kita. Kerana kematian cuma satu permulaan untuk kehidupan di alam yang lagi satu. Kita akan berada di dalam kubur yang sama ada menjadi taman syurga atau lubang neraka untuk kita sampailah Hari Kiamat. Dan nanti bila Allah kumpulkan kita di padang Mahsyar untuk dihisab, semua amal-amal kita akan dibentangkan dan dimasukkan dalam timbangan amal kita. Allah. Boleh ke kita lepas pengadilan Allah nanti kalau dengan amal kita yang main-main di dunia ni? Allah bagi bulan bonus pun kita main-main jugak.
Moga kita semua dah jumpa kunci kepada hati masing-masing. Kunci untuk tingkatkan keimanan masing-masing. Moga momentum Ramadhan ni istiqamah sampai roh kita terpisah dengan jasad.
Syurga merindui kita. Allah merindui kita. Harapnya Ramadhan telah mengajar kita erti merindui Ilahi juga. Syurga and redha Allah are priceless, and nothing worth having comes easy. Jom! Let the mujahadah begins.
Allahumma innaka `Afuwwun TuHibbul `Afwa Fa`fu `Annii.'O Allah, you are the Forgiver, You love to forgive, so forgive me.'
-αβ-
-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-
No comments:
Post a Comment