Wednesday, June 6, 2018

#Ramadhan10




Alhamdulillah, sedar atau tidak, kita dah sampai ke penghujung fasa pertama Ramadhan iaitu fasa yang dipenuhi rahmat Allah. Walaupun fasa ni berlalu, rahmat Allah takkan pernah berhenti. Tuhan yang sama menciptakan kita, Tuhan yang sama jugaklah yang memelihara dan memberi rezeki sepanjang kehidupan kita yang bergelar manusia.

                Allah dah bagi jalan cerita yang paling baik untuk setiap perjalanan hidup insan and pada masa yang sama memelihara keseimbangan alam dan makhluk-makhluk Allah yang lain.  Bila cakap pasal Ar-Rahmannya Allah ni, ada satu hadis yang sangat describe betapa sayangnya Allah pada semua makhluknya.

Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya Allah telah menciptakan rahmat. Pada hari Dia menciptakannya, Dia menjadikannya sebanyak 100 rahmat. Dia menyimpan di sisiNya 99 rahmat. Dia hantar kepada semua makhluknya 1 rahmat. Seandainya orang kafir tahu tentang semua rahmat yang ada di sisi Allah, mereka tidak akan berputus asa daripada memasuki syurga. Seandainya orang beriman tahu semua azab yang ada di sisi Allah, dia tidak akan berasa selamat daripada neraka. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, hadis no: 6469].

                And that 1% covers semua makhluk yang berada di muka bumi Allah ni, pokok, haiwan, manusia secara keseluruhannya x kira muslim ke x etc. But sadly, Allah does not seem to have a place in our heart. Kita boleh obseskan banyak benda lain tapi sangat susah untuk kita obseskan Allah. Kita mungkin acknowledge je rahmat Allah yang 1% tu, tapi kita x rasa pun nak kejar rahmat Allah yang lagi 99% di akhirat nanti sedangkan percentage tu lagi banyak.

                Rahmat yang satu di dunia telah mengaburi mata kita sampai kita x nampak lagi besar ganjaran yang Allah nak bagi kalau kita betul2 work hard for akhirat.

“Tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka telah tertipu dengan kehidupan dunia. Peringatkanlah mereka tentang Al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus ke dalam neraka akibat perbuatan mereka sendiri…….” (6.Al-An’am:70)

                Moga Ramadhan kali ni memberikan anjakan paradigma terhadap amal-amal kita dan usaha kita untuk kembali memposisikan Allah sebagai satu-satu entiti dalam hati kita. In shaa Allah

“Tidaklah Allah Ta’ala menjadikan pada diri seseorang dua hati dalam satu rongganya.” (QS. Al-Ahzab: 4)

-αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-


No comments:

Post a Comment