Thursday, June 7, 2018

#Ramadhan11



 “Katakanlah, wahai para hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri-diri mereka sendiri, Janganlah kalian putus asa terhadap rahmat dari Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni seluruh dosa, sungguh Dialah Dzat Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS. Az Zumar : 53)

Rasulullah bersabda: “Setiap anak Adam pasti sering melakukan dosa dan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah orang yang rajin bertaubat”. (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, Hasan)

                Allah hadiahkan pula maghfirahnya pada fasa yang kedua Ramadhan ni. Keampunan Allah ni x sama macam keampunan manusia. We forgive but not forget. Tapi Allah forgive and forget hamba yang betul2 mintak maghfirahnya dengan sepenuh hati.

                Manusia tak diciptakan untuk sinless di bumi. Tapi diseru untuk sentiasa bertaubat atas setiap kesilapan yang dilakukan dan tak mengulangi lagi kesalahan tu.  Itulah sebaik-baik manusia.   

                Kisah yang paling legend pasal taubat ni adalah kisah yang Rasulullah saw ceritakan dalam hadis Baginda yang sahih. Kisah seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang lelaki kemudian bila ditanya ulama’ pertama sekiranya dia boleh menebus kesilapannya. Tetapi ulama’ tu cakap x boleh. So he ended up killing him too. Marked the 100th victim. Bila dia pergi jumpa ulama’ kedua, ulama tu cakap dia boleh bertaubat tapi syaratnya dia kena hijrah ke environment yang lebih baik untuk dia. Dalam perjalanan menuju tempat hijrah, lelaki tadi meninggal. Lepastu terjadinya perebutan epic antara malaikat rahmat dengan malaikat azab. Maka Allah ilhamkan supaya mereka mengukur jarak antara dua bumi. Disebabkan lelaki tu lebih dekat dengan tempat yang dia nak hijrah, malaikat rahmat menang perebutan tu.

                Keampunan ni memang between kita and Allah je. Dan Allah selalu menurut persangkaan hambaNya. Pupuklah rasa takut dan harap dalam hati kita yang Allah Ar-Rahman dan Al-Ghaffur and work hard untuk meraih keampunan dari Ilahi. In shaa Allah. Moga Ramadhan ni menjadi medium taubat yang terbaik. Amin.

-αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-


No comments:

Post a Comment