Friday, June 8, 2018

#Ramadhan13



“Dan barangsiapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon keampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

(4. An-Nisa:110)

                Sempena tema maghfirah Allah pada fasa kedua Ramadhan ni, manusia kena rasa dulu kita berdosa, baru akan timbul rasa nak mohon keampunan tu.

Perasaan ni takkan wujud kalau kita pun x tahu haq dan batil yang telah digariskan Allah. So untuk nak pupuk perasaan ni, kita kena start belajar pasal agama ni. Take baby steps to learn the religion. Khususnya dekat Malaysia ni setiap anak kepada orang Muslim yang lahir, automatik akan ditulis Islam pada IC. Which is good untuk memelihara pewarisan agama. Tapi yang sedihnya, ramai yang rasa cukup dengan Islam pada IC. Seolah-olahnya boleh bawa IC dan tunjuk pada malaikat penjaga syurga nanti and malaikat akan bagi masuk. Hmm.. malangnya x semudah tu. Nak share satu hadis yang sangat best.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, bahwa Rasulullah shollallohu 'alaihi wasallam pernah bersabda, "Neraka itu dipagari syahwat (kesenangan-kesenangan), sedangkan surga dikelilingi hal-hal yang tidak disukai (ujian)." (Shahih Bukhari: 6487)

Memang hakikatnya nak masuk syurga kita kena start surround kehidupan kita dengan amal-amal kebenaran mengikut neraca Allah. First thing is memang as simple as start baca terjemahan Al-Quran. Ingat lagi moment waktu first time baca terjemahan masa Form 4, keluarlah dialog2 seperti “Oooo, Allah suruh buat ni”, “Ooo Allah larang ni”, “Deepnya”, “Kenapa aku baru tahu sekarang”. Banyaknya benda yang kita takt ahu pasal hakikat sebenar agama.

Selain tu memang kita kena surround diri kita dengan orang-orang soleh yang boleh guide kita ke jalan yang benar. Kena memilih kawan yang macam mana kita nak bina relationship. Sebab siapa kawan baik kita adalah cerminan diri kita. Kawan-kawan yang hanif ni la yang akan ajak kita pergi majlis ilmu agama instead of majlis2 maksiat, mereka jugaklah yang akan nasihat kita kalau terbuat salah instead of sama2 buat salah dengan kita. Kawan ni support system terpenting selepas family. Seperti Rasulullah dengan para sahabat Baginda, ibarat Musa dan Harun. They grew together in Allah’s tarbiyyah. Value tu yang mahal.

So in shaa Allah, bila kita sentiasa remind diri kita yang kita banyak dosa, kita akan lagi rasa nak bertaubat and nak berubah. So boleh start taking these baby steps. Moga Allah terus bagi taufik dan hidayah kepada kita. Amin


-αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-


No comments:

Post a Comment