Wednesday, June 6, 2018

#Ramadhan09




x

“Barang siapa yang bergembira dengan datangnya Ramadhan, Allah akan haramkan jasadnya atas neraka.” (HR an-Nasa’i) 

                Gembira dengan Ramadhan versus gembira buat preparation raya? I think the second one wins our heart. Kita tak ternanti-nanti pun kedatangan Ramadhan, even dalam Ramadhan pun kita biar je berlalu pergi tanpa sedar. Gembira ni satu perasaan yang hadir dari hati. Bila hati kita berbunga-bunga dengan keimanan yang tinggi, automatik rasa gembira tu akan hadir.

                Kita nak jadi hamba Allah, bukan hamba Ramadhan.

                Hati tu wajar dipelihara before and after Ramadhan, barulah hati kita akan ada roh yang sihat dan gebu dengan keimanan yang tinggi kepada Allah. Hati yang sangat sensitif, hati yang sentiasa mencintai Allah, hati yang sentiasa meratapi dosa-dosa, hati yang hanya inginkan redha Ilahi. Dan hati macam tu x muncul dengan tiba-tiba. It needs effort. Some demanding work.

                Walaupun sekarang kita dah berada dalam bulan Ramadhan, masih belum terlambat untuk kita usaha untuk bina hati kita supaya ada ciri-ciri tu.

Lagipun Ramadhan ni terkenal dengan ciri-ciri ni:
     1)      Bulan tarbiah
     2)      Bulan taubat
     3)      Bulan lubuk amal
     4)      Bulan tinggal maksiat
     5)      Bulan sedekah
     6)      Bulan capai taqwa
     7)      List goes on

Basically, Ramadhan ni macam kita bawak hati, akal dan jasad kita menelusuri satu pengembaraan dalam nak mengislahkan diri. Kita boleh improve hubungan dengan Allah and hubungan dengan manusia dalam bulan ni. It’s a month of endless love and mujahadah.
                Jom kita sama-sama ambil peluang untuk beramal dengan sebaik-baik amal, tinggalkan perkara maksiat dan sia-sia, dan mohonlah keampunan sebanyak-banyak mungkin. Carilah keikhlasan. Buatlah hanya kerana Allah, bukan manusia. In shaa Allah. Wallahua’lam.

-αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-


No comments:

Post a Comment