“Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertaqwa,(iaitu) orang yang berinfak sama ada di waktu lapang atau senang dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera menginagti Allah, lalu memohon ampun atas dosa-dosanya, dan siapa lagi dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (3.Ali-Imran:133-136)
Dosa ibarat
kryptonite kepada seorang muslim. Kryptonite melemahkan Superman, dan dosa akan
melemahkan seorang muslim. Makin banyak dosa yang dilakukan, makin melemahlah
frekuensi keimanan kita. Dan hati akan menghitam. Maka akan susah untuk
mendekati perkara kebaikan dan berbuat kebaikan.
Sedangkan
seorang mukmin paling memerlukan hati yang sihat dan subur dengan iman untuk
memberikan life support kepada hati-hati masyarakat yang sedang sakit. Still berdesing
tazkirah yang Ustaz W sampaikan di antara solat tarawikh dan solat witir di
surau taman kami.
“Hati orang beriman ni ibarat dynamo. Bila baik keadaannya, maka ia akan mampu menerangi dan memberi petunjuk kepada tuan badan. Dan jika lebih kuat cahayanya, ia juga akan mampu menerangi orang lain di sekelilingnya. Maka hati ni kena sentiasa dijaga dan diisi dengan zikrullah, tilawah dan tadabbur Quran, bersedekah, solat, dan semua amalan yang menjadi makanan rohani.”-Ustaz W
Deep. Serious deep.
Manusia jarang ambil berat mengenai the state of our heart. Mostly
we only care about the state of our mind and body. Anak-anak dihantar ke
pusat-pusat pendidikan yang terbaik untuk menjaga intelektualnya, kita sangat
nak jasad yang sihat so wujudlah macam-maca produk kesihatan dan suplemen. Tapi
percentage penjagaan kita terhadap makanan hati atau rohani ni sangat rendah. Because
seriously, beberapa jam di tempat mengaji or sekolah agama sesi petang/pagi takkan
cukup untuk membentuk aqidah seorang muslim. Apatah lagi untuk memberikan
makanan yang sewajarnya kepada hati. Pendidikan agama islam tidak berhenti semasa
di tingkatan lima sahaja. It’s a lifelong learning.
Didiklah
diri kita dan orang sekeliling untuk bernaung di bawah kesempurnaan cara hidup
yang digariskan Allah. A heart needs what a heart need. Bangkitkanlah jiwa-jiwa
muslim yang sedang tidur dan larut
dengan keseronokan dan senda gurau dunia. In the end, kita semua cuma nak
Allah ampunkan kita, redha dengan kita dan masukkan kita ke dalam syurgaNya yang
tertinggi.
-αβ-
-Untuk tsabat hati dan jasad, kita
perlu kerahkan semua keringat-
No comments:
Post a Comment