Monday, June 11, 2018

#LailatulQadr


               


                The past two weeks was very hectic. And it still is. So, I decided to write one special post, to sum up the last ten days of Ramadhan.  Tahun ni punya Ramadhan lain macam sikit mood dari awal even sampai nak habis Ramadhan. Because of everything that happened to me prior to this month. I really take this Ramadhan personal.

                Especially malam2 terakhir ni. X nak langsung dengar lagu raya kalau boleh because I really wish Ramadhan would stay forever. Really. Banyak jugak la moment2 “basah telekung + bunyi selesema” time tarawikh sampai makcik-tarawikhmate siap bagi tips nak hilangkan selesema and kena kurangkan minum ais. Senyum je la dengar.

                This Ramadhan, I got to know my true self better, and most importantly I got to know Allah better. Ramadhan ni jugak jadi indicator for my upcoming life of being a better abid and khalifah. And who knows, this might be the last Ramadhan.

                Allah tutup Ramadhan dengan fasa pembebasan dari api neraka dan jugak satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Something yang semua orang pun nak. Dekat dunia pun kita x sanggup nak biar diri kita disentuh api, inikan pula di neraka yang apinya x dapat digambarkan melalui kata2. Yang pasti lebih dari menggerunkan.

                Biarlah Ramadhan ni mencorakkan pattern kehidupan yang kita pilih selepas ini. Kita mungkin overwhelmed dengan persiapan raya sampai missed out permata-permata akhir yang Allah bagi dalam fasa terakhir ni. 10 malam terakhir ni macam final preparation untuk plan hidup kita lepas ni. Sebab masa ni je yang kita ada dengan Allah without gangguan syaitan.

                Mungkin kita dah tak bernyawa pun pagi raya tu. Rugilah kita. Rugi sangat. Sebab x kejar ruang-ruang amal dalam Ramadhan. Aidilfitri adalah hari kemenangan untuk sesiapa yang betul-betul all out untuk capai ketaqwaan sepanjang Ramadhan.

                 Jika Allah takdirkan kita mati sesudah selesai Ramadhan tahun ini, moga-moga Allah terima amal-amal kita. Kerana kematian cuma satu permulaan untuk kehidupan di alam yang lagi satu. Kita akan berada di dalam kubur yang sama ada menjadi taman syurga atau lubang neraka untuk kita sampailah Hari Kiamat. Dan nanti bila Allah kumpulkan kita di padang Mahsyar untuk dihisab, semua amal-amal kita akan dibentangkan dan dimasukkan dalam timbangan amal kita. Allah. Boleh ke kita lepas pengadilan Allah nanti kalau dengan amal kita yang main-main di dunia ni? Allah bagi bulan bonus pun kita main-main jugak.

                Moga kita semua dah jumpa kunci kepada hati masing-masing. Kunci untuk tingkatkan keimanan masing-masing. Moga momentum Ramadhan ni istiqamah sampai roh kita terpisah dengan jasad.

                Syurga merindui kita. Allah merindui kita. Harapnya Ramadhan telah mengajar kita erti merindui Ilahi juga. Syurga and redha Allah are priceless, and nothing worth having comes easy. Jom! Let the mujahadah begins.

Allahumma innaka `Afuwwun TuHibbul `Afwa Fa`fu `Annii.
 'O Allah, you are the Forgiver, You love to forgive, so forgive me.'

-αβ-


-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-

#Ramadhan18-20


“Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertaqwa,(iaitu) orang yang berinfak sama ada di waktu lapang atau senang dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera menginagti Allah, lalu memohon ampun atas dosa-dosanya, dan siapa lagi dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (3.Ali-Imran:133-136)

                Dosa ibarat kryptonite kepada seorang muslim. Kryptonite melemahkan Superman, dan dosa akan melemahkan seorang muslim. Makin banyak dosa yang dilakukan, makin melemahlah frekuensi keimanan kita. Dan hati akan menghitam. Maka akan susah untuk mendekati perkara kebaikan dan berbuat kebaikan.

                Sedangkan seorang mukmin paling memerlukan hati yang sihat dan subur dengan iman untuk memberikan life support kepada hati-hati masyarakat yang sedang sakit. Still berdesing tazkirah yang Ustaz W sampaikan di antara solat tarawikh dan solat witir di surau taman kami.

“Hati orang beriman ni ibarat dynamo. Bila baik keadaannya, maka ia akan mampu menerangi dan memberi petunjuk kepada tuan badan. Dan jika lebih kuat cahayanya, ia juga akan mampu menerangi orang lain di sekelilingnya. Maka hati ni kena sentiasa dijaga dan diisi dengan zikrullah, tilawah dan tadabbur Quran, bersedekah, solat, dan semua amalan yang menjadi makanan rohani.”-Ustaz W

Deep. Serious deep. 

Manusia jarang ambil berat mengenai the state of our heart. Mostly we only care about the state of our mind and body. Anak-anak dihantar ke pusat-pusat pendidikan yang terbaik untuk menjaga intelektualnya, kita sangat nak jasad yang sihat so wujudlah macam-maca produk kesihatan dan suplemen. Tapi percentage penjagaan kita terhadap makanan hati atau rohani ni sangat rendah. Because seriously, beberapa jam di tempat mengaji or sekolah agama sesi petang/pagi takkan cukup untuk membentuk aqidah seorang muslim. Apatah lagi untuk memberikan makanan yang sewajarnya kepada hati. Pendidikan agama islam tidak berhenti semasa di tingkatan lima sahaja. It’s a lifelong learning.

                Didiklah diri kita dan orang sekeliling untuk bernaung di bawah kesempurnaan cara hidup yang digariskan Allah. A heart needs what a heart need. Bangkitkanlah jiwa-jiwa muslim yang sedang tidur dan larut  dengan keseronokan dan senda gurau dunia. In the end, kita semua cuma nak Allah ampunkan kita, redha dengan kita dan masukkan kita ke dalam syurgaNya yang tertinggi.

-αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-



#Ramadhan15-17



 
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar,nescaya Allah akan memperbaiki amal-amal kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barang siapa mentaati Allah dan RasulNya, dia telah memiliki kemenangan yang agung.”(33. Al-Ahzab:70-71)

            Of hakikat ketaqwaan dan dosa-dosa manusia. Allah dah janji barang siapa yang berusaha mencapai taqwa, maka Allah akan ampuni dosanya. Which is very relatable la dengan fasa kedua Ramadhan ni.

            Lagi kita berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk kita, Allah janjikan satu jaminan untuk mengampuni dosa-dosa yang kita pernah buat. Mahal okay nilai keampunan ni, mahal sangat. Dekat dunia ni, kita tak mampu pun nak hitung dosa2 kita, sama macam kita tak mampu nak hitung nikmat Allah. Takut2 dalam neraca amal kita, dosa lebih berat dari pahala. This is why orang-orang beriman zaman dulu sangat takut terjerumus ke dalam kekafiran dan kemunafikan. So mereka sentiasa berada dalam keadaan beramal soleh dan memohon taubat. Suburnya iman di hati mereka sampai melahirkan nilai taqwa yang benar.

            Amal keburukan kita ibarat lumpur yang kita letak dalam cawan. Ia akan terus memenuhi ruang di hati kita dengan titik-titik hitam. Satu-satunya cara untuk membersihkannya adalah dengan melalukan air bersih sampai hilang semua kekotoran tu. Penuhkan dengan amal-amal kebaikan dan mohonlah keampunan dengan harapan Allah hapuskan semua kesalahan kita.

            Setelah kita meletakkan semua usaha untuk melahirkan amal-amal terbaik, kita hanya mampu berdoa supaya Allah masukkan kita ke dalam Jannatul Firdaus dengan rahmatNya.

            Teringat kisah seorang lelaki yang bernama Ali Banat yang viral baru-baru ni. Kisah hidupnya yang berubah dengan drastic lepas dia didiagnos dengan kanser. Dia terus isi hidup dia dengan amal-amal kebaikan sebagai bekalan dia dia akhirat. Inspiring betul kisah dia ni. Tapi x semua orang dapat wake up call macam tu. Jangan sampai wake up call kita bila kita dah start terima azab kubur. Nauzubillahi min dzalik.

            Pilihan di tangan kita. Maka pilihlah jalan ketaqwaan atau jalan kekufuran. Wallahua’lam.

-αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-



Friday, June 8, 2018

#Ramadhan14




“Kalau Allah menghendaki, nescaya dimusnahkanNya kamu semua wahai manusia! Kemudian Dia datangkan umat yang lain sebagai penggantimu. Dan Allah Maha Kuasa berbuat demikian.” 
(4.An-Nisa:133)
 
                Satu peringatan dan amaran dari Allah untuk manusia yang memilih untuk ingkar. Allah x rugi sikit pun. Allah x perlukan kita sedangkan kita lah yang memerlukan Allah.

                Bayangkanlah kalau Allah tetapkan siapa yang ingkar arahan Allah pada hari ini, besok Allah sekat bekalan oxygen dia.. Nescaya dah pupus manusia sebab semua akan mati. Tapi dalam kita buat dosa pun, Allah terus memberi nikmat dan rezeki kepada kita. Allah still make sure segala system dalam badan kita berfungsi dengan baik walaupun jasad yang sama juga buat maksiat kepadaNya. Allahu rabbi. Maka nikmat Allah yang manakah kita dustakan lagi? Kalau dekat office kita x buat kerja memang akan kena potong gaji la jawabnya. Aturan Allah sentiasa untuk kebaikan hambaNya. Allah kalau boleh nak keadaan yang kondusif untuk kita boleh taat kepada perintahNya dan tinggalkan laranganNya. Tapi kita guna keadaan kondusif untuk selesanya berbuat maksiat sesuka hati kita.

                Hidup di dunia ni sementara je. Sekadar tempat mengumpul bekalan untuk akhirat dan tempat Allah nak uji tengok amal siapa yang paling baik.

                Imagine syurga tu macam tempat2 ekslusif macam Uni of Oxford. Contohnya la. Berapa banyak saringan sebelum boleh jejak kaki dekat uni tu. Ada requirement yang perlu dipenuhi. And in the end hanya top scorer yang layak je boleh masuk. Dekat dunia ni ramai lagi orang yang amalnya lagi top scorer dari kita. Kita x rasa ke nak climb up the chart. Just untuk jadi yang terbaik di sisi Allah.

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); "(67.Al-Mulk:2)

Berlumba-lumbalah dalam mengerjakan amal kebaikan agar nama kita disebut oleh para malaikat dan seluruh makhluk Allah. Amin.

-αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-


#Ramadhan13



“Dan barangsiapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon keampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

(4. An-Nisa:110)

                Sempena tema maghfirah Allah pada fasa kedua Ramadhan ni, manusia kena rasa dulu kita berdosa, baru akan timbul rasa nak mohon keampunan tu.

Perasaan ni takkan wujud kalau kita pun x tahu haq dan batil yang telah digariskan Allah. So untuk nak pupuk perasaan ni, kita kena start belajar pasal agama ni. Take baby steps to learn the religion. Khususnya dekat Malaysia ni setiap anak kepada orang Muslim yang lahir, automatik akan ditulis Islam pada IC. Which is good untuk memelihara pewarisan agama. Tapi yang sedihnya, ramai yang rasa cukup dengan Islam pada IC. Seolah-olahnya boleh bawa IC dan tunjuk pada malaikat penjaga syurga nanti and malaikat akan bagi masuk. Hmm.. malangnya x semudah tu. Nak share satu hadis yang sangat best.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, bahwa Rasulullah shollallohu 'alaihi wasallam pernah bersabda, "Neraka itu dipagari syahwat (kesenangan-kesenangan), sedangkan surga dikelilingi hal-hal yang tidak disukai (ujian)." (Shahih Bukhari: 6487)

Memang hakikatnya nak masuk syurga kita kena start surround kehidupan kita dengan amal-amal kebenaran mengikut neraca Allah. First thing is memang as simple as start baca terjemahan Al-Quran. Ingat lagi moment waktu first time baca terjemahan masa Form 4, keluarlah dialog2 seperti “Oooo, Allah suruh buat ni”, “Ooo Allah larang ni”, “Deepnya”, “Kenapa aku baru tahu sekarang”. Banyaknya benda yang kita takt ahu pasal hakikat sebenar agama.

Selain tu memang kita kena surround diri kita dengan orang-orang soleh yang boleh guide kita ke jalan yang benar. Kena memilih kawan yang macam mana kita nak bina relationship. Sebab siapa kawan baik kita adalah cerminan diri kita. Kawan-kawan yang hanif ni la yang akan ajak kita pergi majlis ilmu agama instead of majlis2 maksiat, mereka jugaklah yang akan nasihat kita kalau terbuat salah instead of sama2 buat salah dengan kita. Kawan ni support system terpenting selepas family. Seperti Rasulullah dengan para sahabat Baginda, ibarat Musa dan Harun. They grew together in Allah’s tarbiyyah. Value tu yang mahal.

So in shaa Allah, bila kita sentiasa remind diri kita yang kita banyak dosa, kita akan lagi rasa nak bertaubat and nak berubah. So boleh start taking these baby steps. Moga Allah terus bagi taufik dan hidayah kepada kita. Amin


-αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-


#Ramadhan12



                Al-Ghaffur(Maha Penerima Taubat) sebagai salah satu nama Allah yang memberikan satu harapan kepada manusia yang melanggar perintahNya. Agama ni pun memang sentiasa memberikan pengharapan kepada hamba Allah untuk kembali kepadaNya.

Quoting from the book “The Most Excellence Names of Allah” by Abu Ahmed Farid, it describes the meaning of Al-Ghaffur as: He is the One who forgives sins and accepts the repentance of all those who turn to Him; He conceals the sins of His servants, show never ending compassion to them and lavishes kindness on them. The occurrence of this name is 91 times in the Quran.

                Deep la definition nama Allah yang satu ni dan ianya lebih dari sekadar Allah mengampuni. Allah jugak menutup segala aib-aib dosa kita, memberikan belas kasihan kepada kita dan memberikan kebaikan yang melimpah ruah. Ya Allah, sweetnya Allah, kita yang berulangkali buat salah and x dengar cakap Allah pun, tapi bila kita memilih untuk memohon keampunan je, Allah ampunkan and bagi banyak bonus sampingan. Allah terus motivate kita supaya jangan pernah give up dengan diri sendiri untuk jadi hamba yang lebih baik. Sedangkan Allah pun x berputus asa dengan kita, kenapa kita kan?

                Allah sentiasa nak kita kembali kepada Al-Quran dan sunnah sebab Allah dah prepare satu manual untuk kita follow and x tersasar dari jalan yang diredhaiNya. Lepas kita bertaubat, wajarlah untuk kita kembali engage dengan Al-Quran dan sunnah untuk betul-betul faham manual yang Allah dah sediakan. Kita kena kembali memaknai hadis baiknya hati maka baiklah seluruh jasad.
                Setelah sekian lama kita x merasai Allah di dalam hati, mengakuiNya sebagai satu-satunya Tuhan yang perlu kita sembah dan mengikuti cara hidup yang dah digarisNya, mungkin hati kitalah yang dah kekurangan makanan iman. Mungkin hati kita dah kering or even mati, so jom kita mintak hati yang baru dari Allah. Hati yang subur dengan keimanan dan sentiasa kembali kepada Allah dalam setiap masa dan keadaan. In shaa Allah.

-αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-



Thursday, June 7, 2018

#Ramadhan11



 “Katakanlah, wahai para hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri-diri mereka sendiri, Janganlah kalian putus asa terhadap rahmat dari Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni seluruh dosa, sungguh Dialah Dzat Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS. Az Zumar : 53)

Rasulullah bersabda: “Setiap anak Adam pasti sering melakukan dosa dan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah orang yang rajin bertaubat”. (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, Hasan)

                Allah hadiahkan pula maghfirahnya pada fasa yang kedua Ramadhan ni. Keampunan Allah ni x sama macam keampunan manusia. We forgive but not forget. Tapi Allah forgive and forget hamba yang betul2 mintak maghfirahnya dengan sepenuh hati.

                Manusia tak diciptakan untuk sinless di bumi. Tapi diseru untuk sentiasa bertaubat atas setiap kesilapan yang dilakukan dan tak mengulangi lagi kesalahan tu.  Itulah sebaik-baik manusia.   

                Kisah yang paling legend pasal taubat ni adalah kisah yang Rasulullah saw ceritakan dalam hadis Baginda yang sahih. Kisah seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang lelaki kemudian bila ditanya ulama’ pertama sekiranya dia boleh menebus kesilapannya. Tetapi ulama’ tu cakap x boleh. So he ended up killing him too. Marked the 100th victim. Bila dia pergi jumpa ulama’ kedua, ulama tu cakap dia boleh bertaubat tapi syaratnya dia kena hijrah ke environment yang lebih baik untuk dia. Dalam perjalanan menuju tempat hijrah, lelaki tadi meninggal. Lepastu terjadinya perebutan epic antara malaikat rahmat dengan malaikat azab. Maka Allah ilhamkan supaya mereka mengukur jarak antara dua bumi. Disebabkan lelaki tu lebih dekat dengan tempat yang dia nak hijrah, malaikat rahmat menang perebutan tu.

                Keampunan ni memang between kita and Allah je. Dan Allah selalu menurut persangkaan hambaNya. Pupuklah rasa takut dan harap dalam hati kita yang Allah Ar-Rahman dan Al-Ghaffur and work hard untuk meraih keampunan dari Ilahi. In shaa Allah. Moga Ramadhan ni menjadi medium taubat yang terbaik. Amin.

-αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-


Wednesday, June 6, 2018

#Ramadhan10




Alhamdulillah, sedar atau tidak, kita dah sampai ke penghujung fasa pertama Ramadhan iaitu fasa yang dipenuhi rahmat Allah. Walaupun fasa ni berlalu, rahmat Allah takkan pernah berhenti. Tuhan yang sama menciptakan kita, Tuhan yang sama jugaklah yang memelihara dan memberi rezeki sepanjang kehidupan kita yang bergelar manusia.

                Allah dah bagi jalan cerita yang paling baik untuk setiap perjalanan hidup insan and pada masa yang sama memelihara keseimbangan alam dan makhluk-makhluk Allah yang lain.  Bila cakap pasal Ar-Rahmannya Allah ni, ada satu hadis yang sangat describe betapa sayangnya Allah pada semua makhluknya.

Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya Allah telah menciptakan rahmat. Pada hari Dia menciptakannya, Dia menjadikannya sebanyak 100 rahmat. Dia menyimpan di sisiNya 99 rahmat. Dia hantar kepada semua makhluknya 1 rahmat. Seandainya orang kafir tahu tentang semua rahmat yang ada di sisi Allah, mereka tidak akan berputus asa daripada memasuki syurga. Seandainya orang beriman tahu semua azab yang ada di sisi Allah, dia tidak akan berasa selamat daripada neraka. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, hadis no: 6469].

                And that 1% covers semua makhluk yang berada di muka bumi Allah ni, pokok, haiwan, manusia secara keseluruhannya x kira muslim ke x etc. But sadly, Allah does not seem to have a place in our heart. Kita boleh obseskan banyak benda lain tapi sangat susah untuk kita obseskan Allah. Kita mungkin acknowledge je rahmat Allah yang 1% tu, tapi kita x rasa pun nak kejar rahmat Allah yang lagi 99% di akhirat nanti sedangkan percentage tu lagi banyak.

                Rahmat yang satu di dunia telah mengaburi mata kita sampai kita x nampak lagi besar ganjaran yang Allah nak bagi kalau kita betul2 work hard for akhirat.

“Tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka telah tertipu dengan kehidupan dunia. Peringatkanlah mereka tentang Al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus ke dalam neraka akibat perbuatan mereka sendiri…….” (6.Al-An’am:70)

                Moga Ramadhan kali ni memberikan anjakan paradigma terhadap amal-amal kita dan usaha kita untuk kembali memposisikan Allah sebagai satu-satu entiti dalam hati kita. In shaa Allah

“Tidaklah Allah Ta’ala menjadikan pada diri seseorang dua hati dalam satu rongganya.” (QS. Al-Ahzab: 4)

-αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-


#Ramadhan09




x

“Barang siapa yang bergembira dengan datangnya Ramadhan, Allah akan haramkan jasadnya atas neraka.” (HR an-Nasa’i) 

                Gembira dengan Ramadhan versus gembira buat preparation raya? I think the second one wins our heart. Kita tak ternanti-nanti pun kedatangan Ramadhan, even dalam Ramadhan pun kita biar je berlalu pergi tanpa sedar. Gembira ni satu perasaan yang hadir dari hati. Bila hati kita berbunga-bunga dengan keimanan yang tinggi, automatik rasa gembira tu akan hadir.

                Kita nak jadi hamba Allah, bukan hamba Ramadhan.

                Hati tu wajar dipelihara before and after Ramadhan, barulah hati kita akan ada roh yang sihat dan gebu dengan keimanan yang tinggi kepada Allah. Hati yang sangat sensitif, hati yang sentiasa mencintai Allah, hati yang sentiasa meratapi dosa-dosa, hati yang hanya inginkan redha Ilahi. Dan hati macam tu x muncul dengan tiba-tiba. It needs effort. Some demanding work.

                Walaupun sekarang kita dah berada dalam bulan Ramadhan, masih belum terlambat untuk kita usaha untuk bina hati kita supaya ada ciri-ciri tu.

Lagipun Ramadhan ni terkenal dengan ciri-ciri ni:
     1)      Bulan tarbiah
     2)      Bulan taubat
     3)      Bulan lubuk amal
     4)      Bulan tinggal maksiat
     5)      Bulan sedekah
     6)      Bulan capai taqwa
     7)      List goes on

Basically, Ramadhan ni macam kita bawak hati, akal dan jasad kita menelusuri satu pengembaraan dalam nak mengislahkan diri. Kita boleh improve hubungan dengan Allah and hubungan dengan manusia dalam bulan ni. It’s a month of endless love and mujahadah.
                Jom kita sama-sama ambil peluang untuk beramal dengan sebaik-baik amal, tinggalkan perkara maksiat dan sia-sia, dan mohonlah keampunan sebanyak-banyak mungkin. Carilah keikhlasan. Buatlah hanya kerana Allah, bukan manusia. In shaa Allah. Wallahua’lam.

-αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-


#Ramadhan08



Sesungguhnya Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah S.W.T telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak diberikan kebajikan malam itu, bererti dia diharamkan baginya segala rupa kebajikan.” (HR Ahmad)

                Ramadhan merupakan satu hadiah yang terbesar dari Allah. Rahmat dan berkat yang tak didapati dalam bulan-bulan lain. Sebuah bulan yang dibuka sebesar-besar pintu kebaikan dan ditutup serapat-rapatnya pintu kejahatan. Allah. Seolah-olah Allah yang Maha Penyayang ni nak bagi satu biah(suasana) yang kondusif dan solehah untuk kita memperbaiki diri kita dan juga amal-amal kita. Tapi kadang-kadang rasa macam kita tak appreciate pun hadiah yang Allah bagi ni. Setiap detik dalam Ramadhan ni berlalu tanpa kita sedari. Padahal setiap saat pun adalah ruang untuk merebut pahala yang Allah janji Dia akan gandakan. Sombongnya kita. Offer dah datang depan mata pun still kita buat x nampak je.

                Hakikatnya, kita belum fully mencintai Allah pun, sebab tu bila Allah bagi hadiah hebat macam ni pun kita macam “Whatever.”

                Fasa pertama Ramadhan dah hampir berakhir, tapi mungkin xde setitik pun lagi airmata kita yang gugur tanda betul-betul menghayati Ramadhan. Air mata taubat, air mata syukur, air mata takutkan azab. Mungkin belum ada.

                Mungkin kita sendiri pun masih mencari perasaan yang sepatutnya berada dalam Ramadhan ni. Ramadhan has its own magic. Ada mood2 sayu, mood2 dekat dengan Allah yang kita mungkin lagi susah nak rasa dalam bulan lain. Mood yang macam “Ya Allah, ni mungkin Ramadhan aku yang terakhir, so please let me do the best in this one.”

                Menyambut Ramadhan dalam keadaan busy ke, free ke, sama je sebenarnya mujahadahnya. Sebab sekarang ni kita tengan berlawan dengan diri sendiri. Sibuk ke lapang ke, kita masih kena mujahadah untuk beramal dengan sebaik-baik amal.

This entry is quite short, but it’s more to encouraging us in finding “our Ramadhan mood”. Moga Allah terus bagi kekuatan nak mengharungi sebuah perjalanan mengenal our true self sepanjang Ramadhan ni. Masih ada masa untuk bina momentum yang terbaik before kita sampai fasa terakhir Ramadhan untuk kita kejar malam lailatul qadar. Jihad yang paling besar adalah jihad melawan nafsu. So let’s win our taqwa this Ramadhan!


-αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-

Tuesday, May 22, 2018

#Ramadhan07


 
“Dan demikianlah Kami menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab, dan Kami telah menerangkan dengan berulang kali, di dalamnya sebahagian dari ancaman, agar mereka bertakwa atau (agar) Al Quran itu menimbulkan pengajaran bagi mereka. “(20. Taha:113)

                Kalau kita terima surat from a long-lost friend, and that letter is written is other language, kita akan usaha macam-macam cara to understand the message. First thing in mind is of course Google Translate. But you know how Google Translate works, dia memang translate bulat-bulat je perkataan tu. Kadang-kadang sampai jadi ntah apa-apa je maksud ayat tu. So yes, boleh je translate surat tu. Tapi effect perasaan tu x kan sama macam kita memang faham and tahu selok belok Bahasa tu, baru kita baca.

                The next key to understand Quran is by learning Arabic language. Hook by crook kita kena slowly start belajar Bahasa Arab. And to be honest this is the hardest point for me to explain because diri sendiri pun memang struggle dengan bab ni.

                Walaupun mungkin x boleh start belajar immediately, kita kena ada target untuk belajar. Sebab Bahasa Arab ni perkataan2 dia sangat specific and penuh dengan perasaan. So the only way to get the exact feelings macam Rasulullah and para sahabat rasa dulu is we have to learn their language bit by bit. But I realise bila kita makin baca Quran kita, kita akan start familiar dengan beberapa perkataan and maknanya sebab dah berulang-ulang kali dengar.

                In shaa Allah, It’s a long shot but worth trying.

The last point to understand the Quran is OUR ROLE. Peranan kita dalam nak melaksanakan keempat-empat point yang disebut sebelum ni. In the end, kita yang kena praktikkan semua point ni, baru kita boleh jadi seperti generasi para sahabat yang diberi gelaran Generasi Quran yang Unik. Ibarat seorang prajurit yang bersedia menunggu arahan dari komandernya. Begitulah perasaan para sahabat terhadap Al-Quran yang sangat ternanti-nanti arahan Allah yang seterusnya untuk mereka amalkan.

Moga Allah ganjari perjalanan kita untuk mengikuti jejak langkah generasi Al-Quran yang unik. Bila Quran telah hidup dalam jiwa kita, the things we can do are limitless. Akhirnya akan melahirkan individu-individu yang jelas terhadap tiga perkara seperti disebut oleh Yusuf Al-Qardhawi: 1) Dari mana kita datang? 2) Apa tujuan kita di sini? 3) Dan ke mana pengakhiran kita?  

Wallahua’lam.

-αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-


#Ramadhan06


" Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam,) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya."(3. Ali Imran:103)

                An authentic love letter from Allah to us. The answer to all our questions in life and the ultimate solution to all our problems in the world. Selama ni, kita rasa kita tahu macam mana nak selesaikan masalah dekat dunia ni mengikut cara kita. Manusia kan bijaksana, mestilah kitab oleh come out with any solution to solve problems. Kita sangkakan begitu. Seolah-olahnya kita yang menentukan nasib kita dan seluruh umat manusia. Penyelesaiannya di tangan kita. Maka lahirlah pelbagai sistem ciptaan manusia untuk mentadbir alam ini.

                I am currently reading an informative book from Abu Hassan An-Nadawi called Islam and the World: The Rise and Decline of the Muslims and Its Effect on Mankind. But I’m reading the translated copy and it’s called “Kerugian Dunia Karena Kemunduran Umat Islam”. Bahagian awal buku ni menyingkap sejarah masalah global dunia sebelum kedatangan Islam di muka bumi. Macam-macam kerosakan dan keruntuhan moral manusia pada mana tu. Masalah x kenal tuhan, masalah sosial, masalah ekonomi and the list goes on. Sangat-sangat teruklah keadaan manusia pada waktu tu. Penindasan yang teramat sangat oleh golongan atasan terhadap golongan bawahan. Puncanya adalah sebab manusia waktu tu dan sangat jauh dari agama Samawi yang turun sebelum kemunculan Rasulullah. Empayar Rom, Parsi, Tamadun India, China, dan termasuklah Jazirah Arab pun, semuanya dipenuhi jahiliyyah yang hitam pekat. Sampailah Allah takdirkan penurunan wahyu setelah pelantikan Rasulullah SAW sebagai RasulNya.

Sebuah solusi yang mampu menyelesaikan semua masalah dunia pada ketika itu.

                Islam datang menyelamatkan manusia dalam semua sisi kehidupannya melalui Al-Quran yang diturunkan. The best part of the revelation is the method of delivery. Allah bukannya tiba-tiba turunkan Al-Quran sekaligus. Tapi ayat-ayat Allah ni banyak turun seiring dengan kejadian-kejadian yang berlaku dalam kehidupan seharian Rasulullah dan para sahabat. Kreatifnya Allah dalam nak meninggalkan bekas tarbiyyah dalam hati generasi para sahabat sehingga setiap ayat yang turun membumi dan menjadi darah daging mereka. They can strongly relate to that ayat. And comel jugak kisah-kisah bila sahabat sangat cuak bila dia ada buat any kesalahan sebab takut Allah tiba-tiba turunkan ayat pasal dia. Betapa tingginya taqwa mereka kepada Allah. Mereka sangat-sangat dibersihkan melalui ayat-ayat yang Allah turunkan kepada mereka untuk mengajar satu sistem kehidupan yang membezakan yang benar dan yang batil. Dengan satu tujuan yang jelas iaitu untuk membentuk satu generasi role model yang boleh diikuti oleh generasi-generasi selepas itu. Satu generasi yang directly ditarbiyyah oleh Allah and freshly mempunyai sentuhan Rasulullah saw dalam setiap sisi kehidupan mereka.

                So, the next key point to understand Quran is by learning the asbabul nuzul. Belajar apa asebab-sebab turun ayat.


                Cara yang paling drastik is to study tafsir. Banyak tafsir2 yang terkenal seperti Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Al Jalalain and beberapa lagi. If you want to do it for real, find an ustaz/ustazah and start learning. But for a start, and if you are looking for something that’s easy to understand, you can find these books.
    1)      Kompas 114 & Di Bawah Teduhan Kisah-kisah Al Quran, Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman
    2)      Borak-borak Berisi, Ustaz Kamarussalam
    3)      Khowatir Quraniyyah
    4)      Interaksi Dengan Al- Quran

Boleh start baca buku-buku ni dulu. Very santai but informative at the same time. Available at Iman Shoppe online (p/s: I am not their agent. Haha. It’s just my favourite place of buying Islamic books since 2013)


In shaa Allah, it’s our baby steps to engrave al-Quran in our hearts. Wallahua’lam. 

-αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-

Monday, May 21, 2018

#Ramadhan05




Dari An Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ
“Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rusak, maka rusak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati (jantung)” (HR. Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599). (Sumber : https://rumaysho.com/3028-jika-hati-baik.html)

                Dengan takdirnya, tengah cari ilham nak menulis for today’s entry, tiba-tiba abah start sharing tazkirah yang abah dengar dalam radio tadi. I was like,”Ya Allah memanglah ilham Kau datang dari arah yang x disangka-sangka.” Hati ni raja kepada jasad kita, so basically it controls everything. Apa yang kita lihat, dengar, cakap and buat. Semua define and affect hati kita. So kita kena bersihkan hati kita dari segala kemungkaran untuk elakkan dosa-dosa maksiat. Begitulah summary kepada tazkirah abah(which was way longer. Haha)

Lihat/Dengar/Cakap/Buat --> Hati --> Lihat/Dengar/Cakap/Buat

                Dari formula dekat atas tu kita boleh tengok sebenarnya apa yang masuk and mendarah daging ke dalam hati kita, akan mengeluarkan output yang sama. So kalau hati tu bersih, eloklah amal yang keluar and vice versa.

                Which leads to the second key point in order for us to understand the Quran, and that is to understand with our heart. Faham dengan hati.

                Ayat-ayat Allah ni kena diproses dekat hati, bukan sekadar berfikir di akal. Because anything yang berbekas di hati will leave an impact to the person. Ala-ala makcik-makcik tengok drama, penuh perasaan. Kalau sedih drama tu, memang sampai tahap boleh menangis. Kalau menyakitkan hati, ada jugak yang sampai maki hamun depan tv tu. Punya la terkesan di hati. Tapi impact drama tu sekejap je la.

                Sama je konsep bila kita nak interact dengan Quran ni, kena usaha sampai tahap boleh terkesan di hati dan mengeluarkan amal. Bukan sekadar menghafal ayat or menghafal tema-tema surah. It’s beyond that. Perubahan hanya akan berlaku bila ayat-ayat ni betul-betul meresap masuk ke dalam hati dan menggerakkan seluruh jasad untuk beramal dengan amal yang terbaik.

                Maybe we can start with these few tips:
         1)      Pilih satu ayat dari Quran.
         2)      Cuba cari hikmah Allah(boleh rujuk sirah) turunkan ayat tu.
         3)      List out amal kebaikan yang boleh dibuat based on ayat tu(cross check              dengan hadits).
         4)      Target nak beramal, at least satu kebaikan setiap hari.
         5)      Move on to the next ayat.

Biar lambat asal selamat. In shaa Allah, moga Allah mengganjari setiap usaha kita untuk lebih memaknai Al-Quran dalam kehidupan kita. Wallahua’lam bissowab.
                


-αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-

#Ramadhan04


Regards to our previous topic on the need to understand the Quran, this entry will be explaining further on this matter. Masalah umat islam sekarang is kita xde neraca islam yang solid. The world is literally falling apart because of that. Masing-masing ada kefahaman islam yang berbeza-beza and automatik melahirkan neraca yang berbeza. It’s time for us to synchronize our understanding towards the Quran so that all of us can be on the same page.

                The first key to understand the Quran is by merasakan setiap ayat Al-Quran adalah untuk kita. I can still remember those days back in my boarding school, when I was in Form Four if I am not mistaken. The school made it compulsory for all the students to own a Quran with Malay translation and so I bought one for myself. Besar juga hikmah wahyu pertama yang diturunkan telah menyuruh Rasulullah “Iqra’/Bacalah”. When we start reading, we will start to see things differently. Our knowledge will expand. So, I started reading. For the first time in my life I started to read the meaning of the ayats in the Al-Quran and it was mind-blowing. At that moment, I feel that all of those ayats are meant for me as most of the times it relates to my situation at the moment. Mungkin jugak sebab excited with my first discovery on the meaning of the Quran.

                How I miss that feelings now.. Bila makin lama and dah terbiasa dengan makna Al-Quran, kita tak sedar yang Al-Quran dah semakin xde makna dalam hidup kita. Baca bila sempat, tadabbur pun dah x se’deep’ dulu, praktikal ayat pun x meningkat. Sampai akhirnya kita lali dengan keadaan tu. Kita dah kurang memaknai Al-Quran and kita dah x rasa yang ayat2 tu are meant for us. Specifically meant for us. Macam surat cinta dari Allah untuk kita.

“Sungguh, Al-Quran ini memberi petunjuk ke (jalan) yang paling lurus dan memberi kabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan kebaikan, bahwa mereka akan mendapat pahala yang besar”(17.Al-Isra’:9)

Selagi kita bernyawa, QURAN akan sentiasa menjadi petunjuk supaya kita kembali ke jalan yang lurus. Walaupun kita dah tersasar banyak kali, acap kali jugak terjatuh dalam arus jahiliyyah, Quran is still there. Waiting for us to reach out for it and find guidance. Allah turunkan Al Quran sebagai kitab terakhir yang menjadi pelengkap kepada kitab-kitab sebelumnya. Dan Al-Quran jugak telah diangkat martabatnya dan dijanjikan pemeliharaannya oleh Allah sampai akhir zaman. Which proves that this revelation is not only for Rasulullah and his companions, but it is also for the people who exists after them. It is also for us, so we must start reading it.

                As I mentioned in my previous post, reciting the Quran will cleanse our hearts and will make us a better person. Here are some tips on how we can start interacting with the Quran:

1) Mengikut kemampuan masing-masing, tetapkan target bacaan harian kita. Paling kurang beberapa ayat/hari or boleh jugak target satu juzu’ satu hari. It really depends on you. So dari target tu, tilawahkan(baca Arab) and jugak baca makna dalam Bahasa yang anda prefer(Malay/English).
      2)  Seterusnya, mulakan mentadabbur even satu ayat sehari. Tadabbur ni kita cuba extract perasaan kita bila kita baca ayat tu, and maybe even relate to what we are facing at the moment. It’s basically any interaction made with the ayat. Boleh cari dalam Youtube video kupasan Dr MAZA mengenai tadabbur. In shaa Allah akan lebih jelas.
      3)    Beramal dulu point 1 dan 2. Hehe.

      That’s it for now. Let’s practice this first ok! In shaa Allah to be continued in the next post. Until we meet again. 

 -αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-

Saturday, May 19, 2018

Menjejak Obsesi yang Kian Pudar



                “Sejauh mana kita dah all out untuk survive dalam jalan ni, ke selama ni kita bernasib baik je? Sebab tu kita still ada sekarang.” Kata Kak A dalam muqadimmahnya. Wow, that’s a deep statement.

                Tahun demi tahun Allah masih memilih kita, tapi adakah perasaan dan sumbangan kita terhadap jalan dakwah ini juga semakin bertambah. It’s amazing how para sahabat without fail memberikan momentum dan semangat jihad yang sama dalam setiap peperangan. Semua pun berebut-rebut nak memberikan yang terbaik demi perjuangan Islam. Xde sesaat pun yang diorg rasa lemau or lali dengan perjuangan yang x Nampak penghujungnya, bahkan mereka lebih mengganas ibarat seekor singa yang sedang lapar.  Sesungguhnya iman merekalah yang menyahut setiap Rasulullah, bukan sekadar jasad.
 
“Dan ketika orang-orang mukmin melihat golongan-golongan (yang bersekutu itu), mereka berkata, ”Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita.” Dan benarlah Allah dan RasulNya. Dan yang demikian itu menambah keimanan dan keislaman mereka.” 
(33.Al-Ahzab:22)

                Betapa Allah menyingkap kisah-kisah yang lebih membuktikan kehebatan para sahabat Rasulullah SAW terutamanya melalui kisah perang Ahzab. Sebuah peristiwa yang menguji setiap sisi keimanan mereka kepada Allah. Di saat mereka dikepung dari hadapan, belakang, kanan dan kiri oleh pihak musuh, hanya langit tempat mereka meraih secebis sinar harapan. Hanya Allah jualah yang mampu mengeluarkan  mereka dari situasi yang menyesakkan dada hingga ke tengkorokan.

                Ternyata Tuhan mereka ingin mendidik mereka supaya mempunyai jiwa yang besar hingga mampu melahirkan satu OBSESI yang tiada tolok bandingnya. Dan itulah rahsia terbesar para sahabat. Mereka memiliki obsesi yang tinggi terhadap Allah sehingga yang lainnya kelihatan kecil di mata mereka. Di saat Allah dan Rasul menjanjikan kemenangan, merekalah orang yang pertama-tama meyakini perkara itu walaupun kelihatan mustahil untuk mereka memiliki kemenangan itu.

                Mungkin kurangnya kita bukan sebab Rasulullah xde zaman kita, or bukan sebab Al Quran x sampai kepada kita, dan sudah pastinya bukan sebab generation gap. Tapi sebab kita xde obsesi. Paling-paling pun kita ada kesukaan sementara, tapi tu pun disalurkan kepada dunia semata2. Dan yang paling menyedihkan kesukaan jahiliyyah kita hanya menguntungkan geng-geng jahiliyyah. Kita kerahkan tenaga, masa, harta, jiwa kita untuk kesukaan2 kita. Mungkin dah sampai masa untuk kita channelkan kesukaan tu menjadi obsesi yang benar. Bukan lagi kesukaan2 yang bersifat sementara ibarat kita meminati drama dan lagu yang akan bersilih ganti.

                Kemenangan islam masih jauh dan Ustaziatul Alam tu bayang-bayang pun x nampak lagi, sebab tu lah penting untuk kita develop obsesi terhadap Allah, dakwah dan islam ni. Supaya kita boleh sustain and maintain di sepanjang perjuangan ni. Knowing the fact yang Rasulullah sendiri pun dah wafat waktu Islam menguasai dua pertiga dunia, which means he did not get to see the results of all his hard work, but he did it anyway. He gave the best out of himself for the ummah. All of him. Sama la macam kita, there’s no guarantee that we can see that victorious moment for islam, we might even be dead by then. But the obsession will push the best out of ourselves. The most important thing is for us to mould the next generation in having the same obsession for Islam. It takes a lot of hard work but it’s possible. 


 -αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-


#Ramadhan03



Rahsianya adalah pada selembar risalah yang kita gelar Al Quran.

“Maka apakah mereka tidak mentadabburi Al-Quran ataukah hati mereka telah terkunci?” (47. Muhammad:24)
It’s a simple equation but it holds the key to finding our way back to Allah. Nak masuk syurga, kita kena faham Al-Quran, maka hukumnya wajib belajar and faham Quran. Disandarkan pada situasi bila kita nak solat, kita kena ada wudhu’ baru sah solat, so jadinya hukum wudhu’ tu wajib. If Al Quran is the manual, then we need to start treating it like one.

                Di saat hati semakin mengeras akibat dipenuhi jahiliyyah dan disumbat-sumbat dengan penyakit wahn(cintakan dunia dan takut mati), satu-satunya cara untuk melembutkan dan membersihkannya hanya dengan ayat-ayat suci Allah. Itulah penawar yang tidak dapat diragui lagi. Ayat-ayat ini harus ditilawahkan, ditadabbur, dipelajari secara mendalam dan yang paling penting dipraktikkan oleh golongan yang membacanya. Barulah “magisnya” akan meninggalkan kesan pada lubuk yang paling dalam di sanubari seorang manusia.

                Al Quran akan menjadi torchlight yang menerangi jalan kita pada masa hadapan. Ia akan menyuluhkan yang mana satu kebaikan dan yang mana satu kejahatan mengikut definisi Allah. Manusia sering merasakan, mengapa perlu terikat dengan definisi Allah, bukankah kami diberi akal supaya boleh bebas berfikir? Ya, anda benar. Tapi hadirnya akal hanya untuk menyokong wahyu, bukan memberi definisi2 baru. Andailah takaran baik atau buruk terletak di tangan manusia, maka definisi2 itu mungkin saja mencecah jumlah penduduk bumi pada ketika ini. Nescaya makin rosaklah bumi ini akibat tangan-tangan manusia. Itulah hikmah terbesar Allah menggariskan manual kehidupan manusia in advance supaya lebih lancar perjalanannya untuk menjadi abid dan khalifah. Tapi in the end, akan sentiasa ada dua jalan, jalan kekafiran atau jalan ketaqwaan, and manusia bebas memilih jalan mana yang ingin dia tempuhi.


                Sempena Ramadhan yang paling dikenali sebagai bulan Al-Quran, dan sempena mensyukuri nikmat kita masih hidup sebagai seorang Muslim, jom kita gunakan kesempatan ini untuk betul2 belajar dan mendalami Al-Quran seperti mana yang sepatutnya. Listen to video lectures, refer to ustaz/ustazah nearby, refer your friends yang geng2 usrah or budak sekolah agama tu, use all the available mediums to start learning. It’s never too late if we start now. In shaa Allah in the next few entries we will see how to interact with the Quran. 😊  Wallahua’lam. As much as this is a reminder for me, I hope it pushes us all to perform and present the best amal to Allah. 


 -αβ-

-Untuk tsabat hati dan jasad, kita perlu kerahkan semua keringat-