Wednesday, February 15, 2017

TRAVELOG #1


Dublin, Ireland.

Terbanglah wahai si burung kecil,
Kepakkanlah sayapmu sekuat mungkin,
Rasailah angin yang membelai tubuh kecilmu,
Membelah langit yang terbentang luas,
Terbanglah setinggi-tingginya,
Untuk mencari secebis sinar mentari,
Yang menanti di sebalik mendungnya awan itu.

Sungguh indah permandangan itu,
Tatkala sang matahari muncul secara tiba-tiba,
Memberikan cahayanya di celah-celah awan itu,
Menyinari seluruh kehidupan di bawah,
Dan suasana yang sebelumnya sangat suram.
Sepertimana kamu merasakan sangat teruja,
Di saat kapal terbang merentasi langit biru,
Lantas kamu dapat melihat betapa indahnya,
Kelompok awan putih terbentang luas,
Ditemani sinaran cahaya yang tak pernah menghampakan.

Begitulah manusia.
Kadang-kala kita harus berani bermimpi,
Berani mencipta angan-angan,
Berani untuk terbang lebih tinggi,
Kerna,
Hanya dengan terbang lebih tinggilah,
Kita dapat mengecapi sinar cahaya
Yang tersembunyi di atas sana,
Di sebalik kesuraman awan-awan itu,
Jikalau jatuh pun kerna tidak berdaya,
Sekurang-kurangnya tidaklah kita jatuh terus ke bumi,
Kerna adanya awan-awan yang lembut menyambut tubuh kecil ini.

Tetapi yang diperlukan hanyalah sedikit usaha,
Untuk mengepakkan sayapmu,
Untuk melawan angin yang kuat itu,
Dan sedikit kepercayaan terhadap dirimu,
Bahawa kau mampu terbang!
Terbang tinggi merentasi langit itu,
Walaupun kau sangka tubuh kecilmu tidak mampu melakukannya.
Jangan sesekali kau berputus asa,
Sebelum kau mengorak langkah,
Kerna kau tidak pernah tahu setinggi mana kau mampu terbang,
Sehinggalah kau mengepakkan sayapmu.

“If you stop, you would not know how far you can go” 
-quoted

Dan serahkanlah segala pergantunganmu kepadaNya,
Kerna Dia Maha Berkuasa dan tidak pernah salah percaturan,
Dia malah mengetahui bahawa kau mampu terbang lebih tinggi,
Bahawa kau mampu beri lebih dari apa yang kau fikirkan.
Lantas, mengapa cepat sungguh kau mahu berputus asa?
Sedangkan sayapmu masih belum dikepakkan semaksima mungkin,

Oleh itu,
Terbanglah setinggi-setingginya,
Menembusi langit mendung itu,
Memberikan cahaya kepada hidupan di bawah,
Mengembalikan sinar yang satu ketika dahulu,
Telah berjaya menghidupkan bumi ini dengan manhajNya.
Percayalah,
Dengan Allah, segalanya mungkin!

“Worries end when faith begins”

Cork, Ireland.

#Throwback


-UA-

Tuesday, January 3, 2017

Of "ulat lampu" and firefly...

Alkisahnya, pagi tadi banyak ulat lampu di Widad kesayangan.Timbullah persoalan, kenapa dia suka sangat lampu???!!
One is attracted to lights while another produces lights.
First, let's talk about the "ulat lampu"..
Macam2 teori pasal ni but I am definitely attracted to this.
"Another popular theory is that insects use the light as a navigational aid"
-http://www.wisegeek.org/why-are-insects-attracted-to-light.htm
Ya Allah ciptakanlah cahaya di hatiku, cahaya di lidahku, cahaya di pendengaranku, cahaya di penglihatan-ku, cahaya dari atasku, cahaya dari bawahku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya dari depanku, dan cahaya dari belakangku. Ciptakanlah cahaya dalam diriku, per-besarlah cahaya untukku, agungkanlah cahaya untukku, berilah cahaya untuk-ku, dan jadikanlah aku sebagai cahaya. Ya Allah, berilah cahaya kepadaku, ciptakan cahaya pada urat sarafku, cahaya dalam dagingku, cahaya dalam darahku, cahaya di rambutku, dan cahaya di kulitku” (Hal ini semuanya disebutkan dalam Al-Bukhari 11/116 no.6316, dan Muslim 1/526, 529, 530, no. 763)
Sepertimana Allah ciptakan most insects attracted to lights, macam tu jugak lah sepatutnya manusia attracted to agama fitrah which is Islam. Because it's the nur(light) of guidance, which if absence, we will be lost.
Next, the fireflies.
And I'm not going to explain whatever not the chemical reaction behind the production of light by fireflies.
Cumanya nak cerita, subhanallah amazing how this small insect could generate light in its body.
As Muslims, we need to really benefit others by spreading the nur of Allah to the people around us.
"Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. "(An Nur 35)
 -αβ-

~Di Bumi Nottingham ini aku mengenal Allah.~

Monday, December 12, 2016

TADABBUR ALAM #1





WOLLATON PARK, NOTTINGHAM



Angin damai perlahan-lahan membaluti tubuh.
Awan pula tenang bergerak merentasi langit.
Langit yang terbentang luas pula memberi satu harapan,
Bahawa hujan yang dinanti-nantikan itu bakal tiba.
Turunnya hujan membasahi bumi,
Menghidupkan tumbuhan yang melata,
Membawa sinar cahaya dan satu nafas baru kepada hidupan di bawah.


***
30:48 - "Allahlah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dia kehendaki dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila Dia menurunkannya kepada hamba-hambaNya yang dia kehendaki, tiba-tiba mereka bergembira."

***


"Tiba-tiba mereka bergembira"
Gembira dan tenang melihat pemandangan itu.
Kenapa?
Sebabnya tiada orang yang tak pernah suka memandang langit.
Sangat sinonim di kala keserabutan melanda, hidup tak tentu arah, stress dengan manusia, dengan urusan dunia yang tidak pernah berhenti;
Alam lah yang menjadi tempat kita melepaskan rasa,
Medan untuk menghilangkan segala kekusutan di fikiran.

Luasnya langit ibarat memberi satu harapan bahawa,
Segala masalah yang dihadapi itu pasti akan hilang,
Dengan menyakini adanya Allah.
Adanya Allah yang akan memudahkan segala perjalanan kita.
Kerana Dialah yang telah menghidupkan tumbuhan yang kita kira sudah mati tadi.
Lantas, Dia jua lah tempat untuk kita memohon kekuatan untuk meneruskan hidup ini.
Sepertimana Allah memudahkan angin untuk menolak gumpalan awan yang sangat besar dan berat itu.
Dan Allah akan kirimkan kekuatan itu tepat pada masa yang kita perlukan,
Sepertimana Allah mengarahkan awan untuk menurunkan air hujan di tempat yang telah ditetapkan sahaja.


***
30:49 - "Padahal dahulunya, sebelum hujan diturunkan kepada mereka, mereka benar-benar telah berputus asa."

***


Benar. Kita akan diuji ke satu tahap yang tak disangka-sangka.
Tahap yang paling atas yang kita rasa kita tidak mampu pun untuk menghadapinya.
Tahap yang sangat menguji ketahanan dan kesabaran.
Sehinggakan kita mula bersangka buruk kepadaNya,
Dan mula menyoal "Dimanakah pertolongan Allah?"



***
30:50 - "Maka perhatikanlah pada bekas-bekas rahmat Allah, bagaimana Allah menghidupkan bumi setelah ia mati (kering). Sesungguhnya, itu beerti Dia pasti (berkuasa) menghidupkan yang telah mati. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

***


Maka lihatlah, dengan izin dan kuasaNya:
Tumbuhan yang hanya tinggal ranting,
Daun-daun yang kering berguguran,
Matahari yang mula membenamkan diri lebih awal,
Dan malam yang mula mendominasi hari itu;
Bakal digantikan dengan satu fasa yang lebih menenangkan,
Spring time.
Musim yang sangat disenangi oleh semua makhluk.
Musim yang mewarnai hidup.
Musim yang menceriakan suasana.
Musim yang menggembirakan hati.
Gembira sebagaimana turunnya air hujan tadi.

Cumanya,
Hanya kesabaran yang diperlukan,
Sebelum tibanya 'musim' yang menggembirakan itu.

Sepertimana Allah telah berfirman:
"Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami beriman," dan mereka tidak diuji?" (29:2)

Oleh itu,
Percayalah harapan itu masih ada.
Yakinlah bahawa kita mampu mengharunginya.
Dan ketahuilah Allah tidak pernah salah percaturanNya.

Serta jadilah seperti awan dan langit,
Yang menyebarkan harapan kepada semua orang,
Bahawa Allah itu Maha Berkuasa untuk apa sahaja.


-UA-

Wednesday, October 21, 2015

DemiMu....Kurela


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (29:2)

Terujinya insan-insan yang mengakui tengah mengejar redha Allah, when tarbiyyah is no longer favorable to us as it was before. Bila jalan tarbiyyah ni menuntut segala pengorbanan jiwa, emosi dan fizikal. Bila Allah tarik satu demi satu murabbi untuk membersihkan jiwa dari berbuat kerana mereka, kepada berbuat kerana Dia semata. Bila nasihat demi nasihat,teguran demi teguran, semua menuntut kita untuk berubah. Sepatutnya orang yang ditarbiyyah tu dah tak rasa reluctant nak berubah.. :')

The struggle keeps getting bigger that 'we' think we are not strong enough. Seolah-olah kita yang mampu analyse kemampuan diri sendiri.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan mengikut kemampuannya...."(2:286)

Tapi sesungguhnya Dia yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang masih menggerakkan jasad dan hati untuk meraih redhaNya lagi,lagi dan lagi...

Walaupun masa usrah dah kena serious, agenda usrah panjangnya ya Rabbi, takde dah makanan berlebihan, murabbi direct je kalau tegur, :'( And the list goes on....

Apalah sangat ujian2 perasaan kalau nak dibandingkan dengan segala nikmat hidup yang Allah dah bagi selama ni. At one point, that peak of the life graph, Allah bagi kefahaman tarbiyyah, and Dia nak uji sikit je untuk naikkan level iman kita, TAKKAN kita nak BERPALING ke belakang.. Semata-mata..SEBAB self-satisfaction kita tak dipenuhi. :')

Aku melihat diri, dan akhawat di sekekliling.. Ya semua orang ada struggle masing, and semua orang ada fasa kejatuhan iman masing2.. It happens.

Tapi aku hanya mampu berdoa supaya Allah tetap tsabatkan hati kita dalam jalan ni, bersama-sama... sampai ke Syurga FirdausNya. We might be separated in our own ways. Mungkin ada yang pulang ke pangkuan Allah dulu, mungkin habis belajar kita akan terpisah bertebaran di muka bumi Allah ni, so many mungkins...

tapi dengan keteguhan hati dari Allah tu, semoga kita semua sama-sama ,tebarkan cinta Allah kepada seluruh umat manusia yang sangat dahagakan kasih Ilahi :) walau di mana pun kita berada :)

Kalianlah insan-insan yang mengingatkanku kepada panggilan agung Rabbani.. Insan-insan yang sentiasa menjadi sumber kekuatan dari Allah.. Semoga tetap bersama dalam iman in shaa Allah :)

-anonymous

Wednesday, May 6, 2015

#Prep 6

Without your warmth, without your smile
Without you, by my side
The world was so cold, I felt so lost
Without your light, I felt so blind

A thousand miles I'd run and walk
A thousand times I'd slip and fall
But for you I'd do it again
A thousand times

Without your warmth, without your smile
Without you, by my side
The world was so cold, I felt so lost
Without your light, I felt so blind

You gave me hope, you let me dream
Made me believe I can still trust

You raised me up, you gave me wings
Just like a kite in the sky

A thousand miles I'd run and walk
A thousand times I'd slip and fall
But for you I'd do it again
A thousand times

No words are enough to convey
All the things I want to say
I won't even try Cos I know
Deep down you feel how much I care

Now I hold my head up high
I see my dreams coming true
Peace be with you my dearest friend
In my heart you will remain

A thousand miles I'd run and walk
A thousand times I'd slip and fall
But for you I'd do it again
A thousand times
(A Thousand Time) 
-Sami' Yusof-
 
 Thousands time.
Atas jalan ini, aku jatuh… tersungkur…. Berdarah.
Thousands time.
Sungguh, banyak kali.
But no one knows.

Kadang diri ini ibarat Youtube,
Bila kita cuba nak skip part of the video,
It starts to buffer.
Sometimes, we have to refresh the page
Then, loading akan mula balik
Same goes to us.
Adakalanya, bila kita try nak skip perjalanan itu..
Kita terpaksa bermula kembali dari bawah.
Kita terpaksa merangkak kembali dari bawah.

Banyak kali kita jatuh,
Banyak kali kita terduduk,
Banyak kali kita tersembam,
Tapi tidak ada satu saat pun Allah tinggalkan kita
Tapi
Kenapa kita still rasa terumbang-ambing ibarat
Tiada Tuhan yang peduli?
Allah peduli.
Sungguh, He cares.

Nobody might not know apa yang kita rasa
Nobody might can’t relate dengan situation kita
Nobody might be too busy with personal matters
But,
Adakah kita terlupa adanya Dia yang menciptakan?

Yes,
Kadang terlupa
Kadang teralpa
Tapi,
Dia tidak pernah lupakan ciptaanNya
Dia masih disitu
Menunggu kepulangan hambaNya

Maka
Janganlah engkau tewas
Tewas ditangan Ia yang Menghasut
Kuatkanlah hatimu
Untuk terus berada di atas jalan ini

Kerana
Dia yang memilih kita

Bukan sekadar cabut undi.



                     A087

Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir" (12:87)

Wednesday, April 22, 2015

#Prep 5

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani

Persediaan. Persiapan.
Bagaimana Yang Menciptakan aku dari segumpal darah, lalu kini, hidup dengan menghirup udara segar tarbiyahNya, sungguh, ia berada di luar jangkaanku, malah takkan pernah terbalas dengan tahmid sepanjang hayatku.

Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah.

Dan kalau mengenangkan jahilnya aku meski tarafku hanya hamba, rasa nak terjun  clock tower berkali-kali ._.Kadang-kadang tak faham, mengapa aku, dalam  billion-an manusia di muka bumi, dalam jutaan manusia di Malezi, dalam ratusan manusia di bumi bertuah itu, terpilih, untuk mempelajari lantas menikmati, sebagaimana yg dirasai as-Syahid Sayid Qutb, untuk hidup fi zilalil Quran.

Maka apabila berbicara soal persiapan Allah terhadap aku, sampai kini, jujur kukatakan, I dont know where is this going. Seolah ada sesuatu yg besar yg Dia inginaku tempuhi. Atau mungkin saja, persiapannya adalah caraNya membersihkan jahiliah sebab hanya jiwa yg bersih yg bakal mendiami syurga, abdan-abada, bi iznillah.

Occay sebelum terus menulis suka sekali aku mengingatkan yg menulis agar betulkan niat usahlah dikau riakkk atau adore diri sendiri .-. dan kepada yg membaca kalau errr, rasa annoyed boleh lah shutdown laptop usah terus membaca :p

Okay2. Maka si Booster ini, kerana ar RahmanNya, mengurniakan rezeki (ke musibah) untuk dapat anugerah kepimpinan setiap kali tamat fasa persekolahan, waktu darjah enam, form 3, dan seterusnya kemuncak pencapaian (eheh) anugerah ansara waktu form 5 di salah sebuah institusi pendidikan menengah bertaraf dunia (muaahahaha). 

Masha Allah sisturr.

Tapi nak katanya, dunia, mengiktiraf kepimpinan cikB nie! (oh well, at least, dunia dia)
Dan, cikB nie pun sangat lah yakin dengan LOGAM dia, ber-ke-pim-pi-nan. Dan cikB nie, lepas start wusrah, dia sangat yakin lah dia sangat berperanan dalam menjadi orang-orang yg bakal memimpin orang lain dalam menegakkan Islam. cikB yg sangat merasakan kepimpinan adalah prominent feature-nya, nak sangat menjadi seorang pendidik yg berjaya mentarbiyyah anak didiknya dan bisa aja suatu hari nanti, ber-buah-buah (bukan sebuah) institusi pendidikan yg bakal ditubuhkan di bawah pimpinanya yg membina IM untuk capai UA. Perghhh. Sakan.

Dia sangka, itulah persiapan Allah untuknya, pasti sesuatu yg besar, berat menanti.
Namun besar periuk, besar keraknya, ye aok?

Dalam tarbiyah fi zilalil Quran, dia sedar, yg memimpin itu bukan soal anugerah atau glamour, yg memimpin tiu bukan soal berapa ramai pengikut yg kita ada, tapi ia soal memenuhi tujuan hidup kita.
Dan untuk seseorang yg dipersiapkan secara lebih khusus dalam soal memimpin, pasti, Dia bakal mengujiku dengan sesuatu yg lebih besar.

Moga hingga saat itu, Dia terus mentarbiyyah aku, mempersiapkan aku, sebab aku, nak balik syurga, nak duduk semeja makan dengan A'ishah, dengan Umar, dengan al Fatih, dan yg paling utama, aku nak balik syurga dengan mama abah izzat dan duduk dalam taman di bawahnya sungai-sungai mengalir sambil makan ais kacang syurga dengan Rasulullah sambil cerita mcm mana baginda menang lumba lari dengan 'Aishah.

Insha Allah.

Sesungguhnya menanam obsesi syurga itu memerlukan kita merasa serba tidak cukup dan serba kekurangan di dunia. Mampu kah B?

Err, ku kira sampai di sini sahaja. Cerita lain, biarlah ku simpan sendiri, nanti kita sembang kat syurga, eh?


Women up, dude!